Hiburan: September 13, 2019 at 07:54AM
Tidak dinafikan lagi negara Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian makanan yang sedap lagi menyelerakan. Itu belum lagi termasuk dengan makanan yang viral sehingga rata-rata antara kita sanggup membeli dan mendapatkannya. Tapi tahukah anda bahawa pengambilan makanan yang tidak sihat berpotensi mengundang kepada pelbagai penyakit.
Seperti perkongsian dari pengalaman Ummi Nadia ini, dia terpaksa dimasukkan ke hospital setelah didapati dirinya mengalami sesak nafas. Apabila diperiksa doktor pakar, didapati dia menghidapi penyakit Hiatal Hernia akibat daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang.
Sesak nafas rasa nak mati
3 hari berturut-turut kene attack. Pepagi buta 2-4 pagi kene attack. Sesak nafas rasa nak mati. Berdiri rasa nak tumbang. 3 hari lepas muntah lebih 10 kali. 2 hari lepas tangan kaki semua shaking. Siap cakap dekat diri sendiri "Macam ni ke malaikat Izrail nak cabut nyawa aku".
Terus cakap kat suami, "Bang sayang nak mati dah ni bang. Sayang tak dapat cari nafas bang". Yang suami pun ikut sama menangis tengok kita. Terus bawa pergi hospital. Sebab ubat clinic/gaviscon/minyak angin/air suam/susu semua tak jalan.
2 hari check in private hospital. Ramai kata hospital ni antara yang termurah. Lepas dah buat endoscopy masuk camera dalam mulut dan ultrasound, Doktor diagnosis Nadia ada Hiatal Hernia. Lagi teruk dari gastrik. Kalau orang rasa gastrik dah teruk. Yang ni lagi teruk separuh mati.
Injap dah longgar
Hiatal Hernia ini injap dah longgar. Tak boleh nak ketat dah. Tapi tak selonggar Gerd. Kalau tak jaga lifestyle dan pemakanan dari sekarang. Boleh dapat Gerd. Lagi susah, boleh bawa maut. Bila injap dah longgar, salah makan sikit asid boleh terus naik. Tak makan asid naik, terlebih makan asid naik, makan pedas asid naik, stress pun asid naik.
Kalau hospital lain yang dah dikenali, ada nama mungkin mahal kut eh? Siang tadi Nadia dah discharge. Tapi bila tiba dah malam ni. Nadia takut nak tidur. Korang yang suka makan pedas, dah boleh control makan. Korang yang suka makan berlebihan, dah boleh control makan. Doktor cakap, sakit ni dah mula famous kat Malaysia. Sebab orang Malaysia ni kerjanya makan je. Makanan viral sikit pi makan.
Antara punca penyakit ini ialah…
Sebelum ni Nadia diet ok je. Tapi 2 minggu ni, Nadia memang tak jaga makan. Seminggu ini bantai makan pedas. Kuah banjir pula. Semua masakan Melayu. Asam pedas, masak lemak cili api, ayam kicap black pepper, ikan patin tempoyak, sambal belacan.
Masa makan fuh sedap, bila tiba malam…. Sekali mendapat. Meringkuk atas lantai. Rumah besar pun, tak cukup besar nak cari nafas.
Dah terlambat ye kawan-kawan. Siapa yang boleh dapat penyakit ni? iaitu orang yang suka makan berlebihan sampai senak peruk, orang yang tak jaga waktu makan, makan lambat atau orang yang makan terus baring dan tidur. Selain itu, orang yang suka makan pedas dan stress pun antara faktor buat asid tu naik. Tapi ni faktor sampingan je. Yang penting faktor utama ialah pemakanan.
Sumber: Ummi Nadia
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment