Pages

Hiburan: Hari Pertama Anak Dihantar Ke Pusah Asuhan, Badan Anak Penuh Kesan Lebam

Hiburan: September 13, 2019 at 07:54AM

Isu penderaan kanak-kanak bukanlah perkara baru. Malah, terdapat segelintir pengasuh yang tergamak mendera sehingga membawa kes kematian. Siapa sangka pengasuh yang diberi kepercayaan untuk menjaga anak yang ditatang bagai minyak yang penuh diperlaku sebegitu rupa.

Di Facebook, seorang ibu Solihani Shamsuddin memuatnaik satu status mendakwa anaknya didera di taska pengasuh pada hari pertama menghantar anaknya ke sana. Kesan-kesan lebam di seluruh tubuh badan anaknya itu jelas kelihatan. Apa yang menjengkelkan ialah pihak pengasuh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu walaupun pihak doktor telah mengesahkan kesan lebam itu dari kesan cubit seseorang.

Ingatkan nangis sebab rindu mama

Tragedi hitam 10/9/19 – Aqil Hariri

1st day hantar Aqil ke taska. Pagi datang sekitar 9.15 macam tu. Suap makan siap-siap. Dia happy je main kat sekolah tu. Anak-anak tengah ada aktiviti main ABC dekat meja. Selesai makan sekitar 9.40 mama balik. Tengah hari call cikgu tak jawab. Then wasap je. cikgu kata die ok. Dah tidur. Ada juga nangis tapi tak teruk. Petang masa nak amik aqil ade juga whatsapp cikgu aqil tengah buatt aktiviti apa. Cikgu bagi gamba tengah minum petang. Lepas makan anak-anak tengok tv dan main.

Sekitar 4.55 mama sampai taska. Tengok aqil tengah makan coco crunch. Dia ok tak nangis. Tapi bila dengar mama panggil dia start nak nangis. Nampak je mama terus datang lari dan peluk nangis-nangis. Rasa dia macam gigil tapi kita andaikan dia rindu sangat kat mama je. Ambil dia dan bagi susu sekejap kat bangku luar taska tu. Masa tu dah perasan leher ade luka yang merah dan agak panjang. Terus tanya owner. Owner tak tahu. Owner panggil cikgu dan tanya, cikgu cakap memang ada. Tapi saya cakap yang satu tu memang ada tepi telinga, tapi yang betul-betul di bahagian leher tu kenapa. Cikgu datang tengok dan terus cakap, mungkin kena pagar sebab dia (aqil) suka main pagar.so mama accept jela sebab memang tau die suka main pagar dan pintu. Masa tu nampak jugak kesan cakar sini sana. So just assume mungkin main dengan kawan-kawan kot.

Then lpas aqil sudah susu, dia tengok kartun dari luar tingkap sekolah. Saje ajak aqil masuk tengok, aqil tak nak masuk. Then trus mama ajak balik.

Kesan seperti dicubit dengan kuat

Balik rumah aqil main macam biasa. Aktif je. Sebab aqil dah mandi kat sekolah, so mama tak mandikanla. Dalam pkul 8 malam babah cakap aqil nampak panas je berpeluh-peluh tu. So mama pun buka baju dia. Buka je terus nampak belakang dia penuh merah-merah seakan kesan dicubit. Then buka seluar juga. Tengok peha kiri dan kanan lebam kesan mcm dicubit. Snap-snap gambar then terus pergi klinik sebab nak tau kesan apa tu.

Doktor cakap kes macam ni klinik swasta tak boleh handle. Kes jadi tak sah. Doktor pun tak boleh bagi komen apa-apa. Jadi doktor cakap kalau nak tahu sesuatu, pergi report polis. Kalau nak bincang cara elok just jumpa balik pihak taska. Tapi doktor terus pesan, janganlah hantar lagi anak ke situ. Maksdunya kita dah tau dah la doktor pesan macam tu.

Ada kesan-kesan lebam kat badan

Kemudian hantar semua gambar tadi ke owner taska. Dia cakap aqil memang ade lebam-lebam kat badan. Aqil memang banyak Mongolian spot, sama macam abang long. Tapi masa hantar pagi tu takde kesan-kesan merah tu sebab pagi tu memang mama dah mandikan sebelum aqil pergi sekolah. Takde kesan lebam semua kat peha tu. Mama cakaplah ok kalau cikgu tak percaya, saya datang sekarang, cikgu tengok sendiri. Cikgu refuse. Dia cakap takpela esok je. Then nada seakan berlagak takde apa-apa owner ckp, takpela, saya ada CCTV, saya boleh tengok balik. Sebab rasanya memang takde yang buatt dia (aqil). Saya pun terus request kalau macam tu saya nak tengok sekali. Terus dia cakap parents takde hak nak tengok. Saya cuba lagi tanya kot ada ke kawan-kawan yang buat ke. Still dia cakap takdela. Takde siapa buat aqil. Kalau takde siapa buat, macam mana ada kesan merah-merah tu. Dia keep cakap yang lebam tu memang ada. Habis call owner sambung lagi whatsapp cakap nampak macam kena gigit nyamuk je. Whatt!? Macam la kita taktau macam mana rupa kalau kena gigit nyamuk tu kan.

Buat laporan polis

Bila dah macam tu, owner memang menafikan. Terus cakap dengan suami Hafiz Jaafar kita kena ambil tindakan. Kita kena sahkan kenapa aqil merah-merah tu sebab owner cakap takde kena cubit tapi kesan luka dengan jelas nampak seperti dicubit. So terus buat report kt balai di PGA Semenyih. Dari Semenyih ke balai polis Kajang. Selesai di balai ke hospital Kajang pulak. Doktor yang check di emergency memula cakap lepas peads tengok mungkin boleh balik.  Tapi doktor tu cakap kena warded sebab doktor pakar kanak-kanak tu nak pantau perubahan warna merah/lebam tu dan nak xray jika perlu.

Masih dalam siasatan polis

11/9/19

Malam tu sekitar 3 pagi doktor datang tanya full story sebelum buat detailed check seluruh badan. Ukur semua merah-merah dan lebam termasuk Mongolian spot tu.

Pagi esoknya sekumpulan doktor termasuk pakar tu datang. Doktor tu check pulak. Lepas tu dia cakap ni memang kesan cubit. Dia amik ukuran lagi. Siap tunjuk tangan cubit macam mana. Terdapat jugak kesan kuku dibeberapa tempat. Lepas tu doktor cakap boleh discaj dah.

Tengahari tu inspector polis call ajak pergi taska berkenaan. Mama cakap belum discaj lagi ni. So then polis cakap dia pergi dulula. Petang baru dapat discaj. Tapi sampi harini polis masih belum update apa-apa. Mungkin masih dalam siasatan.

Harap benda ni tak jadi kat budak lain

Saya berharap kalau ade yang pernah lalui kes macam ni tolong bagi komen dan pendapat. Saya bercadang nak proceed kes ni sebab nampk disitu berlaku pengabaian dan menyebabkan kecederaan kepada anak saya Aqil Hariri. Harapan saya taknak kejadian macam ni berlaku pada anak orang lain pulak. Sbab saya tengok ramai anak-anak kat taska tu dan owner cakap dia ada 2 taska di kawasan berhampiran. Sedih sangat tengok aqil macamtu. Seharian kene cubit sementara tunggu mama amik.

Sumber: Solihani Shamsuddin



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular