Hiburan: September 11, 2019 at 06:48AM
Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita kematian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, komando dari pasukan 11 Rejimen Gerak Khas yang maut selepas tertembak semasa sesi demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.
Terbaru, satu berita gembira dikongsikan oleh kakak ipar Allahyarham di Facebook miliknya, Sha Qalif.
Balu positif hamil
Melalui satu posting yang dikongsikan oleh kakak kepada isteri Allahyarham, Nour Shafinar Harun mengatakan bahawa adiknya baru mengetahui dirinya hamil. Berita ini diketahui dua hari selepas pemergian suaminya itu.
Alhamdulillah. Selesai semua urusan untuk balu isteri Mejar Zahir Armaya. Untuk adik ku, Inat tabah lah atas apa yang telah terjadi, redha.
Alhamdulillah juga dua hari selepas arwah pergi rupanya ada sinar baru, balu positif hamil. Kalau arwah ada mesti dia happy sangat-sangat tapi malangnya arwah belum sempat tahu yang beliau akan menerima cahaya mata lagi.
Arwah tinggalkan penggantinya. Semoga Inat kuat demi janin yang dikandung ya. Untuk izzul ini ada lah kenangan untuk izzul ya. Nanti besar ingat ya sayang daddy pergi sebagai wira.
Cinta balu dan arwah bersemadi
Apa yang lebih menyedihkan apabila berita gembira ini tidak sempat dikongsikan bersama arwah suaminya. Seandainya arwah masih ada, pasti dia sangat gembira menanti kehadiran cahaya mata barunya. Namun, apakan daya, ajalnya telah sampai dan Allah SWT lebih menyayangi diri arwah.
Kakak ipar Allahyarham turut berkongsi beberapa foto kenangan di kediaman yang pernah diduduki arwah dan keluarganya.
Isteri Allahyarham juga dikatakan akan memulakan hidup baru bersama anak-anaknya di Ipoh pada November nanti.
Sumber: Sha Qalif
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment