Hiburan: September 11, 2019 at 07:49AM
Terbaru, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman memberi amaran kepada pemilik semua motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai Ysuku untuk tidak diubahsuai bagi tujuan perlumbaan. Bagaimanapun, amaran itu turut terkena tempias kepada beberapa orang artis yang turut memiliki motosikal Ysuku.
Foto sebuah motosikal jenis EX5 yang dimuatnaik penyanyi Black Hanifah ini turut ditegur netizen untuk tidak diubahsuai. Bagaimanapun, Black menyuarakan kurang bersetuju sekiranya pihak berkuasa menyita motosikal yang diubahsuai.
Saya rasa tidak adil
Menerusi posting yang dimuatnaik Black di laman Instagram menyuarakan pendapat peribadinya mengenai tindakan penyitaan motosikal yang diubahsuai. Malah, dia kurang bersetuju dan merasai tidak adil dengan amaran penyitaan tersebut.
Kapsyen itu telah mengundang teguran dari pelbagai pihak sehinggalah Black tampil bersuara beri pendapatnya sendiri terhadap isu berkenaan.
Tak perlu modified tambah kelajuan
Netizen melemparkan teguran mengenai motosikal yang sedia ada supaya tidak diubahsuai. Penciptaan motosikal adalah sudah selamat untuk ditunggang mengikut piawaian dan kelulusan. Tidak perlu diubahsuai lagi termasuk menambahkan kelajuan motosikal itu.
Nyawa tergadai, kesian mak ayah
Bagaimanapun, Black tampil memberi respon dari sudut kefahaman dirinya terhadap dunia permotoran. Tambahnya, dia sanggup dan berani untuk bersemuka dengan pihak berkuasa untuk menerangkan tujuan sebenar.
Faham dulu baru boleh sembang
Tujuan masing-masing tak sama
Pelawak Achey juga tidak terlepas untuk memberi pandangan terhadap perbalahan antara Black dan netizen di ruangan komen. Dia tidak menyebelahi mana-mana pihak dan sarankan agar kedua pihak ini memberi pendapat secara peribadi di DM supaya tidak melibatkan ramai lagi pihak.
Sumber: Black Hanifah
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment