Hiburan: September 12, 2019 at 04:29AM
Seperti pagi-pagi sebelum ini, perkara pertama yang lakukan setiap hari ialah ialah meng"ushar" laman sosial selebriti tanah air kita. Iyerlah, kenalah up-to-date nak tahu apa yang tengah trending, siapa tengah bercinta dengan siapa dan gosip apa yang tengah meletop!!!
Tup-tup Abang Nara terperasan beberapa selebriti berkongsi video mereka melakukan challenge The Malaysian Jugglenaut.
Fuh!!! Semangat sungguh kan? Jadi apa sebenarnya challenge The Malaysian Jugglenaut nie dan kenapa korang pun kena turut serta gak?
Untuk Bantu Rakyat Malaysia Yang
Kurang Bernasib Baik
Challenge yang boleh dilakukan menerusi applikasi Grab ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dan mengajar kita memberi balik kepada masyarakat (giving back to the community). Dengan tema "All Malaysian Matters", dengan melakukan challenge ini, kita boleh menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mampu bersatu demi satu tujuan.
Apa Dapat Kalau Buat Challenge Ini?
Ini yang akan berlaku apabila anda berjaya melengkapkan 2/3 servis (2/3 servis (1x GrabFood/1x GrabPay di store/1x Grab ride) daripada The Malaysian Jugglenaut Beast challenge ini:-
- Grab akan dermakan RM3.18 ke Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah
- Anda akan dapat diskaun RM5 untuk tempahan GrabFood seterusnya
- 318 mata ganjaran GrabRewards akan menjadi milik anda
Camner nak buat challenge ini?
Ha dah berminat kan? Meh Abang Nara kongsikan di mana, bagaimana dan satu persatu langkah yang perlu anda lakukan untuk menyertai The Malaysia Jugglenaut Challenge ini.
1. Buka aplikasi Grab
First thing first korang kenalah ada aplikasi Grab terlebih dahulu. Kalau takder, boleh je download di Google Play Store atau Apple Store. Free je.
2. Cari "Challenges The Malaysian Jugglenaut"
Lepas tue skroll ke bawah sikit sampai korang jumpa "Challenges The Malaysian Jugglenaut". Pastu klik kat gambar tue.
3. Pilih "Accept Challenge". Nie WAJIB buat
Ha, kat sini korang boleh tahu berapa hari lagi tinggal untuk lengkapkan Challenge tue, baper banyak rewards yang masih ada dan apa jenis Challenge yang perlu dilakukan. Kalau dah ready, tekan Accept Challenge. Kalau korang tak tekan, semua transaksi yang anda lakukan tidak akan dikira. Jadi pastikan anda TEKAN.
Pastue nanti akan ada sedikit terma dan syarat yang perlu dibaca. Yang penting anda kena perlu lengkapkan 2/3 Challenge di bawah:-
- Pesanan GrabFood (kecuali dari Domino's)
- Buat bayaran guna GrabPay di kedai
- Gunakan Grab ride.
Bila dah berjaya lengkapkan 2/3 Challenge di atas, barulah anda akan menerima ganjaran yang ditawarkan. Setiap pengguna berkemungkinan menerima Challenge yang berbeza-beza. Jadi sila baca dengan teliti.
P.S: Anda juga boleh menikmati penjimatan sebanyak 31% di GrabFood atau GrabPay sepanjang kempen ini berlangsung. Maklumat lanjut boleh baca di sini.
4. Lengkapkan Challenge anda
Lepas tue tunggu apa lagi? Mulakan Challenge anda secepat yang mungkin sebelum tamat masa. Anda boleh tengok progress Challenge anda di muka hadapan The Malaysia Jugglenaut nie.
5. Bergembira dengan ganjaran anda
Selepas Challenge anda siap 100%, akan ada notifikasi yang memaklumkan anda telah pun melengkapkan The Malaysian Jugglenaut Challenge ini. Di sini anda akan dapat ganjaran anda. Boleh tekan "My Rewards" untuk menggunakannya. Senang gila kan?
Bersempena Hari Malaysia ini, marilah kita bersatu hati dan bergabung tenaga sebagai rakyat Malaysia untuk membantu masyarakat kita yang kurang bernasib baik, tak kira sama ada dengan usaha yang kecil atau besar. Salah satu caranya ialah dengan melakukan Challenge The Malaysian Jugglenaut ini. Mudah, pantas dan berbaloi. Maklumat lanjut klik SINI.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment