Pages

Resepi: RESIPI LONTONG JOHOR

Resepi: September 12, 2019 at 03:39AM

Assalammualaikum, salam semua. Pagi ni che mat masukkan entri awal sikit. Memandangkan semalam ada rebus ketupat segera, dan masih berbaki lagi, jadi pagi ni m.arilah kita bikin sarapan authentic orang2 Johor, iaitu lontong. Tapikan kalau ikutkan yang betul2, lontong tu kita tak guna ketupat tapi guna 'lontong', iaitu beras yang direbus dalam daun pisang yang berbentuk silinder, rebus pulak memakan masa 7 - 8 jam, tujuan kasi lontong betul2 tanak dan tahan lama. Kendian baru dimakan dengan kuah lodeh. Bercerita pasal kuah lodeh pulak, ada macam2 versi, ada yang dimasukkan cili, atau guna udang hidup sebagai rencah. Cara che mat lebih mudah dan guna perencah udang kering saja, lain orang, lain lah cara memasaknya....

Biasanya lontong dihidangkan dengan bahan2 sampingan seperti serunding kelapa, sambal tumis atau kuah kacang dan telur rebus (ada juga yang guna telur mata), tu kita basic, tapi kalau di Singapura, mereka akan topup begedil sebagai salah satu pendamping hidangan lontong. Eh, lupa pulak, lontong antara hidangan yang kerap ada di Johor terutama bila Hari Raya. Dan lontong yang enak bergantung pada kuah lodehnya yang pekat. Ada juga che mat tengok orang masukkan sedikit susu sejat walaupun dah letak santan, tujuan untuk mendapat kuah yang lebih pekat dan lemak. Satu lagi tips yang che mat tau, soo hoon yang kita tarul dalam kuah lodeh tu jangan direndam, cuma cuci di bawah air paip dan terus masukkan ke dalam kuah loden, ini akan menghasilkan kuah lodeh yang pekat. Jomm che mat kongsikan resipi lontong kat bawah ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 tangkai kacang panjang, hiris serong
1 biji terung bulat saiz kecik, potong kiub dan rendam
1 biji sengkuang, saiz kecik, kupas dan potong seperti anak mancis, rendam
1 batang lobak merah, kupas dan potong seperti anak mancis, rendam
Tauhu kering @ fucuk sebesar 3 tapak tangan orang dewasa, rendam hingga lembut dan potong kecik
1 keping tauhu, potong kiub
2 keping tempe berbungkus daun, potong kiub
1/4 bahagian kobis, potong kecil, cuci dan toskan
5 - 6 kuntuk cendawan telinga kera, rendam hingga kembang, dan potong kecil
2 helai daun salam (boleh ganti dengan bay leaf) - optional
1 batang serai, diketuk
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek, cuci bawah air paip dan toskan
400 ml pati santan ( 2 kotak kecil - 200 ml, santan Kara)
1 ketul kiub ikan bilis, optional
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 camca besar udang kering, cuci dan rendam 10 minit

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Ketupat, nasi impit atau Lontong secukupnya
Serunding kelapa
Sambal tumis atau kuah kacang (yang ni ikut pilihan masing2)
Telur rebus secukupnya, dibelah 2 setiap 1

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 3 camca besar minyak dalam periuk. Tumis serai dan bahan2 kisar halus hingga wangi dan naik minyak. Masukkan lobak merah, sengkuang, cendawan telinga kera dan tauhu kering (fucuk), semuanya ditoskan dulu air rendamannya. Gaul rata dan tuang air secukupnya, anggaran 1.5 liter. Kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, jika guna, masak sekejap.
  2. Tambah tauhu, tempe, kacang panjang, dan terung. Kacau rata. Masukkan daun salam dan juga kobis, kacau rata dan bila kobis lembut, boleh tuang santan. Kacau perlahan, masukkan soo hoon dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula, anggaran 1/4 camca teh (kalau guna serbuk perasa, tak perlu taruk gula). kacau rata dan biarkan mendidih untuk 3 - 4 minit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK MENGHIDANG :- Masukkan secukupnya ketupat (atau nasi impit, lotong) yang telah dipotong ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah lodeh dengan isi2 secukupnya dan hias dengan sambal tumis, serunding kelapa dan telur rebus. Hidangkan segera untuk sarapan pagi..Selamat mencuba!


Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular