Hiburan: September 12, 2019 at 04:52AM
Mungkin ramai yang dah tahu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilihat sering berkongsikan banyak perkara di laman Twitter rasminya @cheaminahsayang. Sebelum ini, rata-rata netizen dilihat gembira dan senang dengan sikap Raja Permaisuri yang dilihat sebagai mesra rakyat.
Namun baru-baru ini kecoh di laman Twitter apabila terdapat segelintir netizen yang bersikap kurang ajar dengan menyatakan rasa kurang senang mereka secara terbuka terhadap Raja Permaisuri negara.
'Block' Raja Permaisuri
Pengguna Twitter frdsarsf dikesan memulakan perkara itu dengan satu Tweet yang seakan mengajak orang ramai untuk menyekat Twitter milik Raja Permaisuri Agong dan puterinya Tengku Puteri Iman Afzan.
Macam sembah berhala
Tidak terhenti di situ sahaja, beberapa individu lain dilihat menyokong tindakan lelaki itu sambil mengeluarkan kenyataan kurang sopan terhadap Raja Permaisuri.
Malah, lelaki yang mencetuskan perkara itu juga seakan menyamakan kesetiaan rakyat terhadap Raja Permaisuri ini dengan sembah berhala.
Terima kecaman netizen
Masa tweet ni otak letak kat lutut ke? Stupid af rude gila pic.twitter.com/Hf6YnEC111
— ??? ? (@Nich4__) September 11, 2019
Bagaikan sengaja mengundang masalah, lelaki itu serta beberapa individu yang menyokong kenyataan tersebut kemudian 'dihadiahkan' dengan kecaman daripada netizen.
Rata-rata daripada pengguna Twitter lain menyifatkan ia sebagai satu kenyataan yang biadap dan kurang bijak dikeluarkan terhadap Raja Permaisuri Agong.
Tunku tutup akaun Twitter
Bagaikan terkesan dengan perkara itu, carian di media sosial mendapati Twitter akaun milik Raja Permaisuri Agong sudah tidak ditemui dan telah dinyahaktifkan.
Sumber: Twitter Nich_4, cheaminahsayang, frdsasrf
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment