Pages

Hiburan: ‘Sendirian Lebih Baik Daripada Bersama Orang Yang Salah’ – Fasha Sandha

Hiburan: September 12, 2019 at 04:52AM

Umum mengetahui bahawa pelakon Fasha Sandha pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan terkenal iaitu Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 27 April 2012. Mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima. Namun, perkahwinan tersebut tidak berkekalan apabila mereka berpisah pada 20 Januari 2016.

Menerusi Instagram Fasha, dia berkongsi perasaan dan pengalamanya bergelar seorang ibu tunggal. Pada masa yang sama, dia turut menasihatkan para wanita agar menjadi seorang yang kuat andai mempunyai nasib yang sama sepertinya.

Kena mempunyai kerjaya dan simpanan

Instagram Photo

Menurut Fasha, sebagai seorang wanita yang bergelar ibu tunggal, perasaan lemah tidak perlu ditunjuk kerana pasti ada sahaja manusia yang ingin mengambil kesempatan. Tambahnya, jangan takut untuk hidup bersendirian andai masing-masing tidak berjaya untuk memulihkan keadaan rumah tangga. Paling penting, selepas bergelar ibu tunggal, seseorang wanita itu perlu kuat dan bekerjaya demi membesarkan anak-anak dan bersedia untuk masa hadapan. Akhir sekali, dia turut memberitahu bahawa setiap kepahitan yang berlaku pasti ada kemanisan di akhirnya.

Melalui posting itu juga, Fasha bersyukur Allah memberi peluang kedua buat dirinya untuk menerima pasangan baru iaitu Aidil Aziz. Dia berharap jodoh keduanya ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Mereka mendirikan rumah tangga pada 30 March lalu.

Semangat baca perkongsian ni

Rata-rata netizen kagum dengan semangat Fasha semasa bergelar ibu tunggal. Menurut netizen, perkongsian pelakon tersebut sangat memberi inspirasi dan kekuatan buat para wanita tidak kira sudah berkawhin mahupun sebaliknya.

Sumber: Fasha Sandha



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular