Hiburan: September 13, 2019 at 07:35AM
Tiada pasangan di dunia ini yang mahukan perkahwinan dibina berakhir dengan penceraian. Adat berkahwin biasalah ada gaduh-gaduh, perselisihan faham dan pertelingkahan. Namun jika suami dan isteri berkomunikasi, semua masalah boleh diselesaikan. Walaupun begitu, kadangkala kita sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga, namun jika hanya sebelah pihak yang berusaha, maka masjid yang dibina akan runtuh jua.
Itulah yang terjadi kepada perkahwinan Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad. Telah lebih setahun tidak tinggal bersama, Nabila telah melakukan pelbagai cara untukk menyelamatkan rumah tangga mereka, namun sayangnya ia tidak berhasil. Kata Nabila:-
Apabila memfailkan permohonan cerai, ini bermaksud saya sudah bersedia dengan apa jua keputusan. Tapi apabila semalam dia tidak setuju untuk berpisah, saya perlu menghormati keputusan mahkamah dan ikut prosedur yang ditentukan.
Saya percaya setiap yang terjadi ini ada hikmah di sebaliknya dan semuanya takdir Allah. Setiap pasangan yang berkahwin, sudah pasti tidak mahukan penceraian. Saya dah cuba pelbagai cara untuk selamatkan rumah tangga ini namun ia tidak berhasil.
Sekarang biarlah saya fokus terhadap anak dulu. Apa sahaja yang terjadi antara saya dan Sharnaaz, akan tetap utamakan anak kami
Tambah Nabila lagi, keputusan untuk bercerai ini telah pun dipersetujui bersama. Siap ada perjanjian penceraian lagi. Kata Nabila:-
Sejujurnya kami memang ada berbincang dan bersetuju untuk bercerai. Walhal sebelum memfailkan penceraian, dia terlebih dahulu menghantar perjanjian penceraian kepada saya.
Saya musykil jika dia masih sayangkan perhubungan ini dan ingin menyelamatkan rumah tangga kerana kami sudah tiada lagi persefahaman.
Biarlah masalah yang berlaku ini hanya kami berdua sahaja yang tahu. Dia tahu mengapa saya mengambil tindakan ini. Saya harap orang luar tidak membuat sebarang spekulasi
Pasti Nabila telah pun berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan ini. Bukan mudah untuk menekadkan hati bercerai, lebih-lebih selepas mempunyai cahaya mata hasil perkahwinan tersebut. Semoga urusan penceraian ini dipermudahkan untuk kedua-dua pihak. Sama-sama kita doakan. Sumber Harian Metro.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment