Pages

Hiburan: ‘Dia Nak Ajak Rakan Datang Makan Gulai Siput, Keladi’ – Kakak Allahyarham Abam Bocey

Hiburan: February 10, 2020 at 11:17AM

Berita kehilangan pelawak terkenal tanah air Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mohktar yang telah meninggal dunia mengejutkan industri hiburan. Semua rakan artis meluahkan rasa sedih dengan berita pemergian ini.

Menerusi Harian Metro, kakak kepada Allahyarham Abam, Sharifah Norwahidah menceritakan hasrat terakhir arwah yang ingin mengadakan majlis makan bersama keluarga tidak kesampaian. Hal ini kerana faktor kesihatan arwah yang demam dan tidak mempunyai selera makan.

Teringin makan gulai siput dengan keladi

Dia teringin sangat nak makan gulai siput dengan keladi. Selain keluarga, dia juga nak ajak beberapa rakan. Namun disebabkan dia tak sihat, perancangan ini tak jadi dan kami nak buat pada hari lain. Dia memang suka buat makan-makan untuk keluarga. Dia orang yang tak berkira dengan adik beradik

Tambahnya lagi, arwah telah membeli lima kilogram siput dan sotong bagi tujuan majlis makan-makan bersama keluarga dan sahabat handai. Namun disebabkan faktor kesihatan arwah, majlis tersebut terpaksa ditangguhkan.

Enggan buat pemeriksaan di klinik

Dia tak nak dan hanya makan ubat tahan sakit. Dia berkali-kali mengadu kepalanya sakit sangat-sangat. Saya hairan juga kerana sepanjang yang saya tahu, Abam tak pernah ada masalah kesihatan.

Setakat demam-demam itu biasalah. Tapi sakit kali ini amat luar biasa sehinggakan dia kata kepalanya seperti dicucuk-cucuk. Memang tak pernah dia kena begitu.

Semalam, dia tidur awal jam 9 malam. Apabila sakit, dia selalunya akan jadi pendiam. Biasanya dia makan ubat dan tidur.

Dia turut mendesak arwah untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik tetapi arwah enggan untuk berbuat demikian.

Sumber: Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular