Pages

Hiburan: Hafiz Suip Dipuji Hargai Isteri, Persembahan Romantik Habis

Hiburan: February 10, 2020 at 11:10AM

Tidak perlu membawa "rombongan" seakan pesta naik ke atas pentas,  penyanyi Hafiz Suip berjaya merangkul trofi bagi Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke 34 (AJL34) yang berlangsung semalam.

hafiz suip hargai isteri

Hafiz ternyata mempunyai aura tersendiri dan memukau hati penonton apabila mengakhiri lagu Kisah Cinta Kita bersama penampilan khas isteri tercinta yang sedang hamil.

Momen mesra dan romantik mereka berdua membuatkan penonton "cair" dan memuji betapa Hafiz menghargai isterinya.

Momen romantik Hafiz dan isteri

Layan isteri bagaikan permaisuri

hafiz suip ajl34 hafiz suip ajl34 hafiz suip ajl34

Menurut netizen, memang bertuah isterinya memiliki suami seperti Hafiz yang menzahirkan kasih sayang dan rasa cinta dengan memegang dan mencium tangan wanita yang sedang hamil itu.

hafiz suipMemang pasangan romantik betul Hafiz dan isteri, lirik lagu pun dah romantik ditambah pula dengan aksi mesra mereka, memang memikat hati penonton. Tahniah sekali lagi kepada Hafiz kerana berjaya mengungguli dua anugerah sekaligus.

Kredit Foto : Kaki Foto & TV3 Malaysia



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular