Hiburan: February 5, 2020 at 12:06PM
Sebelum ini viral di media sosial mengenai keadaan jejantas pejalan kaki di terminal Jeti Pulau Pinang yang tidak diselenggara dengan baik sehingga membahayakan orang ramai. Tidak cukup dengan itu, Penang Kini pula melaporkan sebuah lori yang membawa jentera berat telah melanggar jejantas tersebut sehingga hampir roboh.
Jejantas paling legend dan lama
Menurut sumber Penang Kini, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4 petang tadi. Lori yang membawa jentera berat itu dilaporkan melalui jalan tersebut sebelum melintasi jejantas pejalan kaki berkenaan. Kemalangan yang berlaku itu ternyata mencuri tumpuan warga Pulau Pinang terutama yang berada di lokasi kejadiaan. Ini kerana, jejantas tersebut merupakan jejantas pejalan kaki paling legend dan antara yang terlama di negeri itu.
Mengulas lebih lanjut berhubung kemalangan yang berlaku, netizen memberikan pandangan mereka di ruangan komen. Segelintir daripada mereka berpendapat jejantas itu sepatutnya dirobohkan kerana ketinggian yang tidak sesuai. Di samping itu, keadaan jejantas tersebut pada waktu malam yang agak sunyi dan pernah wujudnya pelbagai kes membuatkan pengguna berasa bimbang dan takut. Tambah netizen, kebanyakan pengguna akan melintas jalan raya tersebut tanpa menggunakan jejantas itu.
Bukan ramai guna jejantas
Sumber: Penang Kini
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment