Pages

Hiburan: Kasih Bapa Ke Hujung Nyawa, Warga Emas Ajal Ketika Teman Anak Temuduga Kerja

Hiburan: February 5, 2020 at 09:17AM

Pengorbanan seorang ayah terhadap anak memang tidak dapat dinafikan. Walaupun berada dalam keadaan yang kurang sihat, si ayah sanggup menemani anak bongsunya untuk menghadiri temuduga kerja hari ini. Namun, siapa sangka pengorbanan tersebut merupakan kenangan terakhir seorang ayah untuk anaknya.

Menerusi laporan Berita Harian, seorang warga emas yang dikenali sebagai Mustafa Ariffin ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan Wisma Persekutuan Kedah.

Tidak sedarkan diri

Sekadar gambar hiasan

Menurut Mohd Ali, arwah sepupunya itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang hadapan. Tambahnya, keadaan arwah yang mencurigakan pada waktu tersebut membuatkan orang awam menyedari sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Secara kebetulan arwah dikatakan demam sejak tiga hari lalu.

Walaupun demam sejak tiga hari lalu, arwah sanggup menemani anak bongsunya menghadiri temuduga kerja hari ini. Tak sangka pula ajalnya sampai ketika sedang menunggu anak perempuannya selesai temuduga.

Menemani anak menghadiri temuduga

Sekadar gambar hiasan

Ketika kejadian, isteri arwah dipercayai menemani anak mereka menghadiri temuduga di bangunan kerajaan itu. Mohd Ali turut memberitahu bahawa sepupunya tidak pernah mengadu sakit sebelum ini malah sentiasa kelihatan sihat. Reaksi terkejut semasa menerima berita pemergian arwah turut dirasai sehingga kini. Mereka bertemu kali terakhir pada Disember tahun lalu dan itu pun ketika majlis perkahwinan.

Saya terus bergegas ke sini dan mendapati jenazah mangsa masih dalam kereta. Mereka menetap di Kampung Teloi, Kuala Ketil dekat Baling, bertolak ke sini sejak pagi tadi dan kereta berkenaan dipandu anak mangsa. Mungkin ajalnya dah sampai, kami sekeluarga reda dengan pemergiannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, mayat Mustafa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Berita Harian



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular