Hiburan: February 4, 2020 at 09:34AM
Hati ibu dan ayah mana yang tak sedih apabila mendapat tahu anak yang baru berusia setahun disahkan meninggal dunia. Lebih menyedihkan, bayi itu meninggal pada hari pertama dia dihantar ke rumah pengasuh. Sedihnya!
Dihubungi pengasuh
Menerusi laporan Harian Metro, ibu bayi tersebut yang dikenali sebagai Safiah, memberitahu bahawa pengasuh anaknya memaklumkan berita kejadian itu kira-kira pukul 12 tengah hari. Menurutnya, anaknya Muhammad Aydan Firas Muhammad Faris Azim dipercayai tidak sedarkan diri sewaktu berada di rumah pengasuh di Taman Melati. Tambahnya, anaknya juga mengalami kebiruan.
Sebaik tiba di hospital, doktor yang memberi rawatan kecemasan mengesahkan Muhammad Aydan sudah meninggal dunia. Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah namun punca kematian masih belum dapat dipastikan sehingga laporan lengkap selesai.
Perasaan cemas sebaik mendengar perkhabaran itu, turut dikongsikan Safiah. Dia memberitahu bahawa dia bergegas dari tempat kerja ke rumah pengasuh itu sebelum dimaklumkan bahawa anaknya sudah dihantar ke sebuah hospital swasta.
Selamat dikebumikan
Mengulas mengenai tindakan menghantar anaknya ke rumah pengasuh, Safiah memberitahu bahawa dia dan suami berhasrat untuk memberi peluang kepada anaknya untuk bergaul dengan kanak-kanak lain. Meskipun sedih menerima berita pemergian arwah, mereka tetap reda dan berharap keadilan terhadap punca kematian dapat dikenalpasti. Mereka juga tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak berhubung isu tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail, siasatan lanjut sedang dijalankan. Namun, punca kematian mereka masih menunggu laporan lengkap forensik. Jenazah Muhammad Aydan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudah Sakinah, Batu Muda, Kuala Lumpur.
Sumber: Harian Metro
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment