Pages

Hiburan: Chalo! India, Jom Jalan-Jalan Makan Angin Ke Enam Lokasi Popular Di Ahmedabad, Kota India Pertama Tersenarai Dalam UNESCO

Hiburan: February 4, 2020 at 11:00AM

Selain menjadi kota terbesar di wilayah Gujarat, Ahmedabad juga adalah kota pertama di India yang berdaftar sebagai UNESCO dalam kategori kota bersejarah. Kota yang penuh sejarah ini telah terbentuk sejak awal tahun 1400. Kalau anda nak tahu, di sini jugalah sejarah Mahatma Gandhi terlakar sebagai pemimpin paling berpengaruh dunia.

Untuk yang tak pernah berkunjung ke Ahmedabad atau mungkin tak berapa 'familiar' dengan kota ini, pastinya nak tahu apa agaknya tarikan utama di sana kan? Jom kita tinjau antara lokasi popular yang wajib anda lawati semasa bercuti di kota bersejarah ini.

Sabarmati Ashram

Sabarmati Ashram

Sabarmati Ashram atau juga dikenali sebagai Mahatma Gandhi Ashram adalah muzium yang di dedikasikan khas untuk pejuang negara India, Mahatma Gandhi. Pengunjung boleh melihat sendiri perjalanan kehidupan Mahatma Gandhi yang dipamerkan dengan lukisan dan beberapa peninggalannya.

Di sini juga lah, terletaknya headquarters yang digunakan oleh beliau pada tahun 1917 sehingga 1930 dalam memperjuangkan kemerdekaan negara India. Tak sah lah percutian anda di Ahmedabad jika anda tidak melawat sendiri tempat penting dalam sejarah kemerdekaan India.

Muzium Tekstil Calico

A picture containing building, table, indoor Description automatically generated

Muzium yang telah terdiri sejak 1949 ini mengumpulkan segala koleksi tekstil yang berasal sejak abad ke-15. Penubuhan muzium ini juga bertujuan untuk memelihara warisan tekstil India pada peringkat antarabangsa. Pengunjung boleh mempelajari teknik tekap dan canting yang digunakan di dalam tekstil India.

Muzium Tekstil Calico sangat terkenal dalam kalangan pelancong terutamanya mereka yang berminat tentang kesenian budaya India. Pihak muzium juga ada mnyediakan bengkel pengunjung memahami tekstil India dengan lebih mendalam. Bagi penggemar tekstil dan fesyen, inilah masanya untuk anda mempelajari sendiri dari salah satu muzium tekstil terkenal dunia.

Makam Sultan Ahmed Shah

Makam Sultan Ahmed Shah

Di masjid ini terletaknya makam persemadian pemerintah pertama Ahmedabad iaitu Sultan Ahmed Shah. Makam yang juga dikenali dengan nama tempatan Badshah no Hajiro or Raja no Hajiro ini turut menempatkan makam keluarga beliau termasuk anak dan cucu lelakinya.

Menariknya tempat ini, para ahli muzik naubat yang berkhidmat sebagai penjaga masa di bandar akan menunjukkan masa (jam) melalui muzik mereka. Orkestra pada waktu petang menunjukkan waktu hampir maghrib sementara naubat yang terakhir memberi maksud penutupan 12 pagar bandar tersebut.

Naubat: Sejenis muzik yang dimainkan menggunakan Shehnai (seruling) dan Naqqar (drum)

Jama Masjid

Jama Masjid

Dikenali sebagai Masjid Jama / Jami, mula dibina semasa zaman pemerintahan Sultan Ahmed Shah pada tahun 1423. Merupakan salah satu masjid terbesar di India, seni bina masjid ini sering menjadi tarikan utama pelancong sehinggakan ada yang akan menghabiskan masa seharian mengkaji ukiran dan seni bina masjid ini.

Bahan binaan masjid ini diperoleh dari kuil-kuil Hindu dan Jain yang dirobohkan dan ini dapat dibuktikan melalui gabungan seni bina yang menakjubkan seperti ukiran teratai dan beberapa kubah yang disokong 300 tiang.

Manek Chowk

Manek Chowk

Apabila rasa lapar menyerang anda pada waktu malam, Manek Chowk adalah lokasi yang tepat untuk anda kunjungi pada waktu itu. Untuk pengetahuan anda, pada sebelah siang pasar tersebut menjual barang perhiasan tetapi pada sebelah malamnya pula, pelbagai hidangan lazat dijual di sana.

Mengikut legenda penduduk di sana, idea ini muncul dari penjual-penjual emas yang menggalakkan peniaga makanan berjual hingga lewat malam untuk membantu perniagaan di sana. Pengunjung boleh merasai sendiri hidangan tempatan seperti manisan masyarakat Gujarat dan pelbagai masakan jalanan yang dijual.

Bhadra Fort

Bhadra Fort

Sudah dibina lebih 600 tahun yang lalu, Bhadra Fort menjadikan bandar Ahmedabad layak menerima pengiktirafan World Heritage City dari UNESCO. Bangunan yang dibina semasa pemerintahan Sultan Ahmed Shah ini antara 2600 tapak warisan bersejarah yang masih terpelihara sehingga kini.

Kubu yang pernah menempatkan istana diraja ini pernah mengalami kerosakan apabila dinding dan pagar sekitarnya hancur. Tetapi inisiatif pengubahsuaian dan pemulihan telah dilakukan bagi mengekalkan arkeologi penting India ini. Beberapa penambahan baru turut dibuat seperti tambahan menara jam yang berlaku semasa pertengahan abad kesembilan belas.

Chalo! India dengan AirAsia

Chalo! India dengan AirAsia

Mesti ramai yang dah tak sabar nak melawat semua tempat menarik ni kan? Tak perlu tunggu lagi kerana anda boleh terbang terus dengan AirAsia! Dengan laluan terbaru dari AirAsia X, kini anda boleh terbang terus dari Kuala Lumpur ke Ahmedabad! Laluan terbaru ini juga akan menawarkan penerbangan 4 kali seminggu bermula 29 April 2020.

Tempah sekarang sehingga 16 Febuari ini untuk anda nikmati penerbangan bermula 29 April sehingga 30 Oktober 2020. Yang bestnya, tambang all-in untuk ahli BIG hanya RM199 sahaja manakala tambang flatbed cuma RM899! Untuk yang bukan ahli, jangan risau sebab anda pun boleh tempah juga dengan tambang all-in sebanyak RM 204 dan tambang flatbed RM904.

Untuk rasai sendiri pengalaman melawat kota bersejarah Ahmedabad ini, jangan lupa tempah segera penerbangan anda dengan AirAsia. Anda juga boleh dapatkan maklumat tentang promosi lain AirAsia di airasia.com atau ikuti Facebook dan Instagram rasmi AirAsia.

Chalo! India.





Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular