Pages

Hiburan: Hina Arwah Anak Dan ‘Body Shaming’ Cik B, DSV Saman Malu Terhadap Azwan Ali

Hiburan: February 10, 2020 at 05:22PM

Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengemukakan saman malu terhadap Azwan Ali selepas pengacara itu menghina kematian dua orang anaknya yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran beberapa tahun lalu. Malah, dia turut didakwa melakukan 'body shaming'  terhadap anak perempuannya, Cik B atau Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

dsv saman azwan ali

Susulan itu, DSV memberi tempoh selama 48 jam bermula semalam untuk Azwan membuat permohonan maaf secara terbuka terhadapnya. Sekiranya gagal berbuat demikian, DSV menerusi peguamnya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Azwan.

Sebagai seorang ibu, penghinaan Azwan terhadap Cik B dan dua anaknya yang sudah meninggal dunia disifatkan begitu perit untuk diterima. Rasa kecewa dan terluka di dalam hati.

datuk seri vida saman malu azwan ali

Tragedi tersebut merupakan kenangan paling pahit dan sedih bagi saya. Ia juga telah memberikan impak yang besar dalam kehidupan saya yang mana setelah tragedi tersebut saya menjadi murung tertekan beberapa bulan.

Memandangkan Azwan telah menyentuh isu sensitif berkaitan dengan fizikal Cik B dan tragedi hitam yang berlaku pada kedua-dua anak lelaki saya, saya tidak akan berdiam diri. Oleh itu saya mengambil tindakan untuk memfailkan saman malu kepada Azwan. Tiada siapa berhak menghina fizikal orang lain.

datuk seri vida saman azwan ali

Isu ini dipercayai tercetus apabila Azwan tidak berpuas hati mengenai soal bayaran selepas membuat kemunculan di sebuah acara dianjurkan oleh DSV baru-baru ini.

Menjelaskan perkara tersebut, DSV berkata Azwan sebenarnya tidak diundang sebagai artis jemputan dan hanya hadir atas kapasiti peribadi sahaja.

Sumber Berita : mStar Online



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular