Hiburan: February 10, 2020 at 04:52PM
Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelawak popular, Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang meninggal dunia selepas mengalami demam panas selama beberapa hari.
Pemergian Allahyarham, telah memberikan kesan yang mendalam buat seluruh rakyat Malaysia dan tentunya ia merupakan satu kehilangan yang besar dalam hidup Fad dan Achey yang sudah menganggap Abam seperti darah daging sendiri.
Dalam pada itu, Fad dan Achey berhasrat mahu mengambil alih kerja atau tawaran berlakon yang sudah diterima Abam Bocey secara percuma untuk membantu keluarga arwah.
Saya dan Fad berjanji jika ada kerja atau tawaran arwah yang masih tergantung, dalam penggambaran atau yang sudah diterima, kami sedia mengambil tugas itu secara percuma untuk dia serta keluarganya.
Itu sahaja yang saya dan Fad dapat bantu isteri dan keluarga arwah Abam.
Bukan itu sahaja, mereka berdua akan tetap meneruskan perancangan bagi menghasilkan sebuah program khas untuk peminat walaupun Abam sudah tiada.
Sebenarnya kami bertiga sudah berjanji nak terbitkan sebuah program sendiri khas untuk peminat setia. Walaupun tiada pemintaan untuk Bocey di TV tapi tak apa, masih ada platform lain untuk orang tengok kami.
Dua hari lalu kami ada berhubung di WhatsApp, sempat bergurau dan berbincang mengenai projek ini tapi itulah semuanya dah disusun Allah. Apa-apa pun, saya dan Fad tetap akan teruskan projek itu bukan sebab kami nak tapi demi Abam kerana ini idea dia juga.
Duka kehilangan seseorang yang terdekat dan kita sayang, memang sakit tetapi kami harap Fad dan Achey terus tabah dan tidak putus asa untuk berkarya.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment