Hiburan: February 28, 2020 at 01:54AM
Kontroversi sengketa yang berlaku antara Ali Puteh dan isteri arwah Abam iaitu Noor Hidayah memang cukup hangat diperkatakan, semuanya didakwa berpunca dari soal harta sehingga pelbagai spekulasi timbul membuatkan keluarga itu pecah belah.
Meskipun apa yang berlaku secara tidak langsung telah mengaitkan dirinya dan mencalarkan imej keluarga, ibu arwah Abam, Sabariah Arshad enggan memikirkan konflik yang terjadi.
Dia tidak ambil pusing dengan kontroversi tersebut kerana Hidayah sendiri yang membuat keputusan untuk keluar dari rumah.
Saya tahu apa yang berlaku, Ali ada cerita semuanya, tapi saya malas fikir. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ikut dialah nak keluar ke, tak nak keluar ke. Saya tak ada nak cakap apa, saya tak hirau tentang itu.
Saya fikir anak saya yang sudah pergi sahaja. Macam mana kehidupan saya selepas ini.
Jelasnya lagi, baik Hidayah atau dirinya, masing-masing tidak pernah berhubung selepas pemergian Abam.
Dia tak ada nombor telefon saya, saya pun tak simpan nombor telefon dia. Saya hanya tahu nombor yang sudah disimpan dalam telefon. Yang ada dalam telefon ni nombor anak-anak sahaja.
Terdahulu, Ali tampil memohon maaf di atas keterlanjuran memuat naik status berbaur emosi dan kasar terhadap kakak iparnya Namun, dia tetap merasa berkecil hati terhadap Hidayah kerana mengeluarkan ungkapan tidak sepatutnya kepada ibu mentuanya agar tidak memakan harta anak yatim, ketika ada pihak datang ke rumah mereka untuk menuntut hutang Abam pada hari keempat kematian arwah.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment