Hiburan: February 28, 2020 at 02:56AM
Baru-baru ini viral di Facebook apabila Datuk Seri Aliff Syukri, ingin menjadi seorang "wartawan" pula dan ingin membuat liputan menemuramah secara langsung dua individu penting negara iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merungkai segala persoalan yang berlegar mengenai isu politik negara ketika ini.
Perkara itu mendapat respon daripada Datuk Seri Vida atau mesra disapa DSV yang memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya dan mengkritik tindakan Aliff.
"Nak jadi wartawan, nak jadi Perdana Menteri. Berniaga sudahlah!" – DSV
View this post on InstagramA post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Namun begitu, kecaman DSV tidak kelihatan terlalu serius kerana teguran itu disampaikan dalam bentuk gurauan..
Terdahulu, rata-rata netizen meminta agar Aliff tidak perlu mencampuri urusan politik atau mencari publisiti murahan. Fokus sahaja kepada dunia perniagaan dan tidak perlu untuk cuba menjadi "wartawan tidak bertauliah" pula.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment