Hiburan: February 11, 2020 at 01:52AM
Semalam, industri seni tanah air telah dikejutkan dengan pemergian pelawak terkenal iaitu Abam Bocey. Sifat Abam yang dikenali sebagai seorang yang sangat mesra dan kelakar membuatkan dirinya disukai ramai. Pemergiannya secara mengejut sememangnya sukar untuk diterima oleh ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan dalam industri hiburan.
Rakyat Malaysia dan juga para peminat kumpulan Bocey turut bersedih atas kehilangan satu lagi permata berharga di Malaysia. Menerusi Facebook Pencetus Ummah (PU) Rahmat, dia berkongsi beberapa kebaikan yang pernah dilakukan oleh Abam sehinggakan ramai jemaah memenuhi setiap ruangan masjid ketika solat jenazah dilakukan.
Amalan Al Marhum Syed Umar
Menurut PU Rahmat, Abam maafkan semua orang yang kutuk dia gemuk. Dia tidak ambil hati sangat walaupun dia mesti terasa pada awalnya. Ingat lagi semasa orang kutuk dia mempunyai alat kemaluan yang kecil kononnya dia gemuk. Tapi dia tak marah. Cuma dia marah bila orang kutuk anak dia. Dia cakap kalau kutuk saya tak apa tapi jangan kutuk anak dia.
Dia juga melawan body shaming dengan bergaya. Masa dia sebut gemuk is Ohsem. Ramai orang pertikai. Gemuk tak ohsem. Gemuk berpenyakit. Tapi korang tak faham. Bukan maksud dia untuk kekal gemuk. Tapi dia nak orang gemuk ada confidence diri. Selalu sangat orang gemuk dibuli dan dihina. Kemudian sebelum dia meninggal, dia usahakan juga kuruskan diri sampai hilang berkali-kilo. Sebab apa? Dia pesan juga pada kawan-kawan gemuk agar usaha kuruskan badan. Yang pernah kutuk Abam, eloklah korang minta maaf pada keluarga Al Marhum. Elok lah kau bertaubat.
Abam juga seorang yang rajin pergi program Dakwah. Aku ingat lagi bila kawan aku ustaz Halim Hafiz jemput dia program warung halal. Dia usahakan juga datang walaupun bayaran tak tinggi. Aku ingat lagi bila AJK masjid tanya aku siapa pelawak yang aku boleh jemput untuk program. Yang aku ingat Abam daj @shahrol_shiro. Ni dua pelawak yang tak berkira kalau buat program dakwah. Abam pernah sebut, dia kuat kerja sebab nak bantu Mak dia. Dia bawak mak dia pergi Umrah dan bahagia kan orang sekeliling. Semoga Kau Aman didalam Alam Barzakh . Allahuma firlahu Warham Hu . Ya Allah ampunilah Syed Umar . Rahmati lah Syed Umar .
Foto solat jenazah dan majlis pengebumian
Sumber: PU Rahmat & The Tazkirah
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment