Hiburan: February 11, 2020 at 01:52AM
Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah menggamatkan dan menghangatkan lagi pentas akhir Anugerah Juara Lagu 34 (AJL) apabila muncul dengan membuat kejutan mendendangkan lagu 'Anta Permana' bersama Bob Yusof. Kemunculan khas Siti pada malam itu telah mendapat tepukan gemuruh oleh para penonton yang hadir.
Terbaru, menerusi Instagram Story Siti, dia ada memuatnaik satu perkongsian yang memaparkan dirinya kini berada di hospital untuk menjalani pembedahan kecil.
Lepas balik AJL terus pergi hospital
Menerusi perkongsian tersebut, Siti memberitahu bahawa sebaik sahaja selepas membuat kemunculan di pentas AJL, dia dikatakan terus menuju ke salah sebuah pusat perubatan swasta. Siti kemudian dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan kecil tanpa memaklumkan dengan lebih lanjut mengenai rawatan tersebut. Dalam pada itu, Siti juga turut meluahkan rasa syukur kerana telah selamat menjalani pembedahan dan segala prosedur telah berjalan dengan lancar.
Rawatan persediaan untuk hamil
Susulan itu, menerusi laporan Berita Harian, Siti dikatakan menjalani pembedahan kecil sebagai persediaan untuk hamil dengan menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF). Menurut Siti, rawatan ini merupakan rawatan yang sama dilakukan olehnya untuk kandungan pertamanya yang dulu. Dalam pada itu, Siti turut meminta orang ramai untuk mendoakan agar dia diberi kesembuhan dengan segera.
Pagi tadi, Siti menjalani pembedahan kecil dan Alhamdulillah semuanya selamat. Prosedur ini perlu kerana Siti akan menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF, seperti yang pernah Siti lakukan sebelum ini.
Sumber: Datuk Seri Siti Nurhaliza, Berita Harian
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment