Pages

Hiburan: JPN Sahkan Lelaki, Sajat Wajib Tunai Umrah Ikut Jantina Asal – Mufti WP

Hiburan: February 4, 2020 at 04:45PM

Isu usahawan kosmetik, Nur Sajat yang berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah di Makkah memberikan kesan kepada masyarakat sehingga menjadi perbualan hangat di media sosial sejak beberapa hari lalu.

sajat pakai telekung umrah

Enggan pelbagai persoalan terus timbul dan orang ramai terus keliru, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendakwa status jantina Sajat sudah disahkan sebagai seorang lelaki.

Difahamkan, Dr Zulkifli sendiri telah mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung kontroversi tersebut bagi membincangkan mengenai status jantina Sajat, sama ada lelaki ataupun khunsa.

sajat umrah

Ia berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN. Nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman. Jantina didaftarkan sebagai lelaki. Sehingga kini tiada dokumen perubatan rasmi yang membuktikan dia seorang wanita seperti sering didakwanya.

Berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN, nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman.

Jantina penama didaftarkan sebagai lelaki. Semakan lanjut pada sijil kelahiran beliau juga mendapati penama dilahirkan sebagai lelaki.

Maka, pendirian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP)  berkenaan jantina beliau adalah berdasarkan apa yang tertera dalam daftar kad pengenalannya dan sijil kelahirannya. Justeru, segala hukum hakam ibadat hendaklah diikut secara lelaki.

sajat keluar mekahPada masa yang sama, Dr Zulkifli menjelaskan adalah wajib bagi seorang transgender (mukhannas) menunaikan umrah dengan jantina asalnya.

Terdahulu, kontroversi Sajat menunaikan umrah dengan berpakaian wanita nampaknya sudah mendapat perhatian pihak kerajaan. Tindakannya itu telah memberi imej buruk kepada agama dan negara. Malah, ia turut menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dengan Arab Saudi.

Sumber Berita : mStar Online & Facebook Mufti WP



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular