Pages

Hiburan: Nak Langsai Hutang, Suami Tergamak Lacur Isteri Serendah RM15 Kepada Rakan Baik, Siap Rakam Lagi

Hiburan: February 12, 2020 at 08:24AM

Di Indonesia, seorang lelaki berusia 28 tahun telah ditahan pihak polis selepas didakwa bertindak kejam dengan melacurkan isterinya kepada empat lelaki lain yang juga merupakan rakan baiknya. Malah apa yang lebih menjijikkan apabila suspek telah merakamkan perbuatan itu sebelum menyebarkan video tersebut gara-gara untuk melangsaikan hutang.

'Aksi' dirakam dan dijual

Menerusi laporan Tribun News, suspek tergamak menjual isterinya kepada rakan-rakan dengan harga serendah 50,000 rupiah bersamaan RM15. Suspek juga dipercayai memukul isterinya itu sekiranya wanita berkenaan enggan melayan segala permintaan daripada 'pelanggan' yang juga merupakan rakannya.

Disebabkan takut dipukul oleh suami, mangsa dengan terpaksa telah menuruti segala arahan dan permintaan lelaki-lelaki berkenaan. Lebih mengejutkan apabila segala perbuatan dan aksi mereka turut dirakam sebelum ditayangkan kepada rakan yang lain sebagai bahan bukti yang menunjukkan dia menawarkan khidmat seks dan rakan sekerja boleh melanggani isterinya itu.

Jual isteri kerana wang

Tetapi perbuatan itu akhirnya terbongkar selepas mangsa melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Sebaik sahaja menerima laporan, pihak polis terus ke lokasi kejadian dan menahan suspek yang terlibat dalam kes berkenaan. Menurut Ketua Polis Bandar Pasuruan Adjutan Pesuruhjaya Kanan Donny Alexande berkata, suspek bertindak kejam berikutan dengan masalah kewangan yang dihadapinya sehingga sanggup menjual isteri demi malangsaikan hutang. Selain itu, suspek turut memberitahu bahawa dia melakukan perkara itu bertujuan untuk kepuasan seksual.

Difahamkan juga, wang yang diberi oleh lelaki-lelaki yang 'melanggan' isterinya itu akan diambil oleh suspek tanpa memberi satu sen pun kepada mangsa. Si isteri turut memberitahu apabila suaminya itu tidak mampu untuk melangsaikan hutang maka dia akan menjual mangsa untuk mengaut keuntungan daripada bayaran yang diterima.

Sementara itu, secara keseluruhan polis mendapati suspek sudah lima kali melacurkan isterinya untuk mendapatkan wang, namun hanya kepada rakan yang dikenali.

Sumber: Tribun News



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular