Pages

Hiburan: ‘Sedih Dihina & Disindir’ – Turun Hampir 100KG, Wanita Kongsi Tips Diet Sihat, Terbaik!

Hiburan: February 12, 2020 at 08:24AM

Mendapatkan berat badan ideal sememangnya antara impian semua orang. Bukan untuk cantik semata-mata, namun ianya penting untuk kesihatan tubuh badan.

Kali ini kami kongsikan dengan korang bagaimana seorang wanita obesiti yang mempunyai berat badan 150kg mampu menurunkan berat badan sehingga menjadi tahap normal. Apa rahsianya? Jom ikut rapat-rapat. Bolehlah kita kurus tahun ini!

Tidak pernah putus asa

 Assalamualaikum wbt sahabat DSSS..

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada admin DSSS yang sudi post story saya yang sebelum ini di group DSSS dan tak sangka ramai sahabat di group ini bagi feedback yang sangat positif saya sangat terharu. Saya mohon maaf kerana tidak dapat membalas satu persatu komen dan soalan saudara dan saudari di posting sebelum ini. Ramai yang bertanya dan pm saya bertanyakan apa rahsia saya dapat turunkn berat badan yang dulunya 150kg (obesiti tahap 4 @ severe obesity)..

Alhamdulillah berkat kesabaran dan tidak putus asa saya capai kejayaan sampai sekarang, bukan tempoh yang sekejap untuk saya sampai ke tahap ini ianya makan masa yang lama iaitu selama 2thn lebih bermula dari 2017 lagi. Disini saya akan jawap setiap soalan yang selalu ditanya oleh rakan-rakan dan sahabat DSSS kepada saya bagaimana saya dapat kekalkan dan konsisten amalkan diet tersebut.

Soalan 1
Bagaimana saya boleh konsisten amalkan diet?

Jawapan:
Prinsip saya adalah nak sihat dan beribadah sebab faktor usia dah meningkat dan risau jika berbadan besar ni akan ada pelbagai penyakit lain yang datang dan saya sayangkn anak dan keluarga saya. Jika saya sakit sape nak jaga mereka nanti. Jadi disitu setiap kali saya rasa dh give up saya akan pandang wajah anak saya. Dan saya masih ingat wajah-wajah yang menghina ketika saya berbadan besar satu masa dahulu. Mereka buat saya boneka bahan ketawa disebabkan fizikal saya yang besar. Tipu jika kata saya tak sedih jika dihina dan disindir. Jadi disitu saya tekad untuk ubah diri saya dari segi cara pemakanan dari yang suka makan fast food, makanan berminyak, bergoreng dan bergula kepada pemakanan yang lebih sihat.

Kena chill chill dalam berdiet

Soalan 2
Sepanjang journey untuk turunkan berat badan apa menu yang saya amalkan?
Jawapan:
Breakfast – Air lemon setengah biji dihiris minum dengan segelas air suam, roti wholemeal 2 keping atau telur rebus 2biji
Snacking – sebiji buah epal / lai / betik
Lunch – Nasi beras perang suku @ suon, ayam bakar / kukus, sayur ulam (salad/timun) / tempe grg / tauhu bakar
** Kadang-kadang saya buat roti wrap ayam wholemeal gardenia tu campur salad, tomato dan timun – sedap tau.
Snacking – kacang kuda rebus / buah epal / betik
Dinner (sblm 7pm) – roti wholemeal 2 keping dengan peanut butter dan sebiji buah epal / lai @ telur rebus 2 biji
** KALAU MALAM LAPAR SANGAT SAYA AKAN MAKAN LAGI SEBIJI BUAH EPAL DAN MINUM AIR SUAM SAHAJA
** SENAMAN MINIMUM 30MINIT SEHARI (SAYA KAYUH BASIKAL EXERCISE JE KAT RUMAH)
** WEEKEND CHEAT DAY SABTU / AHAD TAPI MAKAN STILL DALAMM KALORI TERKAWAL
** MESTI CUKUP TIDUR 6-7JAM SEHARI
** DALAM MINDSET SAYA SELALU INGAT JANGAN STRESS KALAU BERAT TAK TURUN PERLU SABAR DAN DISIPLIN ITU SAJA.. ANGGAP BADAN SEDANG PROSES TUKAR LEMAK KEPADA OTOT.. SO KENE CHILL-CHILL JE DALAM JOURNEY TURUNKAN BERAT.

Selain saya amalkan diet diatas saya juga kerap berpuasa sunat isnin dan khamis. Menu saya makan juga ada refer kt group ni sebab semua yang share menu sedap-sedap.

Bersenam untuk elak kulit menggeleber

Soalan 3
Bila berat badan dah turun ni tiada lebihan kulit atau menggeleber ke? Perlu pembedahan ke?

Jawapan:
Tak perlu pun pembedahan tu smua.. Ya mmg akan ada lebihan kulit sebab kita dari berbadan besar dah berubah bentuk menjadi lebih kecil. Jadi cara yang saya amalkan untuk tegangkn smula lebihan kulit tu ialah dengan bersenam dirumah setiap hari selama 30 – 40minit dengan menggunakan cycling bike dan alhamdulillah kulit yang menggeleber dah semakin kurang dan badan smakin fit.. itu pentingnya senaman walaupun kita jaga pemakanan dan jumlah portion setiap hari senaman sangat penting untuk fit smula badan kita.

Soalan 4
Macam mana nak hilangkan selulit atau rekahan kulit?

Jawapan:
Saya amalkan sapu minyak bio oil dibahagian bermasalah setiap malam sebelum tidur, boleh didapati di farmasi seperti watson ataupun guardian.

Jangan cepat putus asa

Soalan 5
Bagaimana sy kekal konsisten dgn diet ini?
Jawapan:
Saya pernah lalui fasa plateu @ berat badan statik selama 6bulan bila timbang berat badan sama je. Memang rasa down tapi saya ingat balik apa tujuan nak turunkan berat badan. Saya bangkit dan tak putus asa setiap hari masih kekalkan makanan sihat dan senaman seperti biasa. Tanpa tak sedar rakan dan saudara terdekat tegur saya nampak susut dari dulu. Ini bermakna biarpun berat saya tak turun tapi inchloss ada banyak pengurangan.. jadi kesimpulannya berat dipenimbang bukan pengukur kita gemuk mahupun kurus..

** Pesanan saya pada anda semua dalam journey untuk turunkan berat badan ianya bukan mudah seperti kita bayangkan banyak cabaran dan dugaan kita akan tempoh cuma kita perlu bersabar dan terus konsisten dan disiplinkan diri.. anda bayangkankan kita jadi chubby pun bukan sebulan dua jd nk turunkan berat pun bkn sebulan dua perlu mkn masa.. anda juga perlu ingat badan kita tak sama ada orang akan turun berat dengan ccepat dan ada juga yang akan makan masa yang lama ini kerana metabolisma badan kita berbeza-beza. Jangan terlalu obses untuk turun berat dengan cepat tetapi ubahlah cara pemakanan sihat dahulu insyaAllah berat badan juga akan berkurang. Yang penting kekalkan gaya hidup sihat secara berpanjangan. Saya berdoa agar sis smua juga akan berjaya insyaAllah.. Amin ya rabbal alamin..

Sumber : Norliana Norhan Anne



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular