Hiburan: February 7, 2020 at 04:30AM
Siapa yang tidak kenal dengan Neelofa, bukan sahaja cantik dan popular, malah dia juga seorang wanita bijaksana yang mampu membina empayar perniagaan jutaan ringgit.
Kejayaan demi kejayaan diraih olehnya, mungkin ada yang lupa Neelofa juga telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk syarikat penerbangan terkenal iaitu AirAsia pada tahun 2018.
Pelantikan itu mendapat persetujuan sebulat suara ahli lembaga pengarah syarikat tersebut atas sebab Neelofa seorang yang bijak, mempunyai idea di luar kotak dan seorang ikon wanita muda yang berjaya di Malaysia.
Tidak dinafikan, ramai juga yang tertanya apa sebenarnya tugas Neelofa dengan jawatan yang begitu besar? Macam tiada sebarang perkembangan terkini mengenainya, tetapi tidak mustahil ianya rahsia syarikat dan mungkin ada sumbangannya yang tidak diumumkan.
Terbaru, resit bayaran Neelofa sebagai salah seorang ahli lembaga Safety Review Board untuk AirAsia pada tahun 2018 tular di Twitter. Kalau dilihat pada jumlah bayaran, memang lumayan betul iaitu sebanyak RM279,375 tidak termasuk elaun berjumlah RM8,000.
Ada segelintir netizen tidak faham dan agak keliru, mengapa pula Neelofa dimasukkan di bawah Safety Review Board sedangkan dia langsung tiada latar belakang atau sebarang pengetahuan mengenai keselamatan penerbangan.
Mereka juga tertanya-tanya cadangan dan usaha apa yang telah dilakukan oleh Neelofa sehingga dia boleh menerima pendapatan sebanyak itu.
Bagaimanapun, ada juga netizen berpendapat Neelofa memang layak untuk menerima bayaran tersebut dan tidak perlu dipersoalkan lagi. Mungkin ada sahaja usahanya untuk mencetuskan transformasi baru untuk AirAsia cuma ia adalah rahsia syarikat.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment