Hiburan: February 7, 2020 at 05:10AM
Demi mencari publisiti semata-mata, seorang selebriti media sosial dari Kanada melakukan tindakan yang luar biasa apabila mendakwa positif coronavirus ketika berada dalam sebuah pesawat yang dinaikinya. Pengakuan yang dilakukan lelaki tersebut membuatkan pesawat yang dinaikinya itu berpatah balik.
Menerusi laporan Harian Metro, lelaki yang dikenali sebagai Potok Philippe atau nama sebenarnya James Potok itu sudah berada dalam tahanan pihak polis dan bakal didakwa di Mahkamah Ontario, Kanada pada 9 Mac nanti.
Pesawat terpaksa berpatah balik
Lelaki berusia 28 tahun itu dipercayai bakal berlepas dari Toronto ke Jamaica menaiki pesawat WestJet pada hari berkenaan. Namun, sewaktu dalam perjalanan dia tiba-tiba membuat satu pengumuman yang memeranjatkan iaitu dia disahkan positif coronavirus. Hal tersebut membuatkan 243 orang penumpang dan anak kapal turut terkejut dan takut. Sebaik sahaja mendengar pengakuan itu, seorang pramugara yang bertugas pada ketika itu meminta lelaki tersebut memakai penutup mulut dan hidung serta sarung tangan. James juga diarahkan keluar dari pesawat dengan segera sebaik sahaja pesawat itu berpatah balik.
Boleh saya dapatkan perhatian semua, saya baru pulang dari wilayah Hunan, tempat bermulanya koronavirus. Saya rasa tidak sihat. Terima kasih.
Prank melariskan video
Walau bagaimanpun, James akhirnya membuat pengakuan bahawa dia sengaja melakukan 'prank' tersebut demi melariskan videonya di Instagram. Dia turut meluahkan perasaan menyesal kerana tidak memahami sensitiviti mengenai wabak coronavirus yang sedang berlaku.
Ia tidak sama dengan tindakan melilit bom di badan atau mempunyai senjata. Tindakan saya ini hanya gurauan. Saya menyesal kerana kejahilan saya yang tidak memahami sensitiviti mengenai wabak ini dan perkataan yang dilontarkan itu menjadi satu ancaman. Saya fikir ia akan mencetuskan tindak balas. Saya tidak fikir apa yang saya lakukan sebagai bahaya.
Sumber: Harian Metro & City News Toronto
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment