Pages

Hiburan: Padah Guna Khidmat ‘Bidan Palsu’, Bayi Baru Lahir Alami Patah Tulang Kaki & Kekurangan Oksigen

Hiburan: February 12, 2020 at 07:15AM

Hasrat pasangan suami isteri untuk menyambut kelahiran bayi dalam keadaan sihat akhirnya bertukar tragedi ngeri apabila kaki bayi mereka telah patah dan mengalami kecederaan gara-gara 'disambut' oleh dua orang 'bidan palsu'.

Kejadian yang berlaku di Moscow itu telah viral di media sosial sehingga mendapat perhatian ramai termasuklah mengundang kemarahan doktor di Rusia disebabkan tidak menjalani prosedur kelahiran di hospital.

Bayi songsang

Menerusi laporan Daily Mail, ibu bapa bayi berkenaan dikatakan mengalami komplikasi semasa proses kelahiran yang dilakukan dua bidan palsu, Valeria dan Ekaterina itu di rumahnya. Mereka yang masih kurang pengalaman menjadi bidan itu tiba-tiba panik apabila bayi itu masih berada dalam kedudukan songsang walaupun ramuan homeopathi telah diberikan kepada wanita berkenaan untuk membetulkan kedudukan bayi yang berada dalam kandungannya itu.

Tetapi malangnya, bayi tersebut tidak menunjukkan pergerakan dan apabila proses kelahiran berlaku, kaki bayi dikatakan keluar terlebih dahulu. Kejadian itu menyebabkan bidan ini menjadi panik dan dalam masa yang sama mereka telah menarik kaki bayi berkenaan. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila bidan tersebut enggan memanggil ambulans kerana risau bakal menghadapi 'liabiliti jenayah' memandangkan mereka hanyalah bidan amatur.

Doktor berdepan situasi genting

Keadaan wanita itu dilihat semakin kritikal dan kedua-dua bidan ini kemudian bergegas membawa ibu dan bayi berkenaan ke hospital bersalin untuk tindakan lanjut. Sementara itu, menurut Ketua Ginekologi Negeri, Olga Samafalova berkata pihak hospital berdepan dengan situasi krisis untuk menyelamatkan dua-dua nyawa ibu dan bayi berkenaan.

Tambahnya lagi dia amat terkejut dan sama sekali tidak menyangka bahawa pasangan suami isteri ini terpedaya dengan kisah indah yang dikongsikan bidan tersebut mengenai perjalanan kelahiran secara alami.

Bayi itu dilahirkan dengan tulang yang patah dan mengalami beberapa kecederaan berbahaya kerana si ibu lebih memilih untuk menggunakan perkhidmatan pembantu peribadi berbanding bersalin di hospital.

Kedua belah tulang kaki patah

Pihak hospital walau bagaimanapun telah berjaya menyelamatkan ibu dan bayi berkenaan walaupun bayi tersebut mengalami patah tulang pada kedua-dua belah kakinya serta kekurangan oksigen dalam tubuh badan.

Dalam pada itu, bapa kepada bayi berkenaan memberitahu kedua-dua bidan palsu itu dipercayai telah melarikan diri sebaik sahaja dia memberitahu bahawa mereka mempunyai bukti rakaman sepanjang proses kelahiran berlaku. Tambahnya lagi, dia amat bersyukur dan berterima kasih kepada doktor-doktor di Hospital Bersalin Semiluksky kerana telah menyelamatkan dua nyawa.

Sumber: Daily Mail



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular