Pages

Hiburan: ‘Tak Sangka Lagu Sikasih Beri Bayangan’ – Zimi Kongsi Pengalaman Rakam Lagu Bersama Abam Bocey

Hiburan: February 12, 2020 at 07:15AM

Lagu Sikasih merupakan nyanyian daripada suara Allahyarham Syed Umar Mokhtar yang telah mencecah tontonan hampir 2juta di Youtube. Pemergian arwah turut memberi kesan kepada pencipta lagu ini sendiri iaitu Zimi yang menyifatkan nyanyian Abam memberi maksud mendalam.

Lagu terakhir Abam

Malah, Zimi selaku komposer bagi lagu Sikasih ini berkongsi rasa sedih kerana lagu yang dirakam Abam itu seperti menggambarkan emosi menyelubungi setiap insan.

Saya hilang kata-kata kerana tidak pernah menyangka lirik lagu itu bagai menterjemahkan kedukaan kita sekarang. Perkara ini turut dirasai Achey. Kami bercakap mengenainya dan tidak sangka lagu ini bagai memberi bayangan arwah akan meninggalkan kita.

Apabila ini berlaku, saya jadi takut dan fobia hendak mencipta lagu dan menulis lirik. Siapa yang berada di tempat saya akan merasakannya.

Saya tawarkan peluang itu kepadanya

Lagu itu dirakam arwah pada Disember 2018 dan baru dimuatnaik di Youtube Futuremusic Entertainment pada 22 Februari 2019. Lirik lagu Sikasih ini ditulis oleh Zimi dan Rongak.

Zimi turut berkongsi pengalaman sepanjang sesi rakaman lagu bersama arwah di studio. Malah, durasi rakaman lagu itu juga tidak mengambil masa yang lama.

Apa yang saya cuba tonjol adalah potensi arwah dalam lagu ini. Saya mahu dia jadi dirinya sendiri. Saya mahu arwah menyanyi tulus daripada hati tanpa berusaha keras mahu jadi seperti penyanyi hebat lain. Saya tawarkan peluang itu kepadanya. Ini bukan projek suka-suka. Kita mahu menguji pasaran.

Saya minta Abam menyanyikan lagu ini setakat termampu. Ibarat kalau kita dengar lagu ini, maka benarlah itu suara Abam. Sayang kita kepada sesiapapun tidak akan kekal. Suatu hari nanti, kita pasti bertemu Pencipta.

Sumber: BH Online, Youtube



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular