Hiburan: February 11, 2020 at 04:30AM
Beberapa minggu lalu, viral di media sosial mengenai satu video yang memaparkan seorang penyanyi dari Malaysia iaitu Sharul Kamal sedang melaungkan azan di sebuah masjid di Mesir. Kemerduan dan kelunakan suara ketika melaungkan azan di masjid berkenaan telah membuatkan ramai yang 'jatuh hati' kepadanya terutama kaum wanita.
Terbaru di Twitter, Sharul memuat naik satu kiriman khas yang diterima olehnya daripada seorang wanita. Ternyata kiriman yang diterima itu mencuri tumpuan netizen.
Antara direct message yang diterima
Menurut Sharul, seorang wanita yang dipercayai berasal dari Indonesia telah melamar dirinya sebaik sahaja video tersebut viral di media sosial. Antara ayat yang dihantar wanita tersebut ialah sudikah penyanyi itu menjadi suaminya dan dia sedia menunggu jawapan tersebut.
Azan versi TV3
Pada masa yang sama, seorang pengguna Twitter berkongsi satu video azan versi TV3 yang mempunyai suara Sharul. Ternyata perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya kagum akan kelunakan suara penyanyi itu.
Dah balas belum?
Sumber: Sharul Kamal
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment