Hiburan: February 11, 2020 at 04:30AM
Pemergian Abam Bocey pagi semalam menjadi bualan ramai yang rata-ratanya sedih dengan berita tersebut. Antara yang paling terkesan mestilah keluarga dan sahabat baiknya Fad dan Achey. Tidak terkecuali juga Dato AC Mizal selaku pengacara Maharaja Lawak yang memang rapat dengan kesemua peserta.
Menurutnya, pemergian Abam Bocey masih seperti dalam mimpi apabila dia masih merasakan arwah masih ada. Dia juga sebak terkenangkan arwah yang sememangnya seorang anak dan sahabat yang baik.
Sebak ketika disoal
#PerginyaAbam Pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Datuk AC Mizal tidak dpt menahan sebak akan kehilangan Abam. "Saya masih ingat dia ada, dia sangat baik dan kami ibarat keluarga," katanya. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/CGQfXdo24w
— Fareez Azman (@FareezAzmann) February 10, 2020
Kehilangan itu masih belum dirasai sebab saya masih merasakan dia ada di sini. Dia memang anak yang baik selalu tolak emaknya kemana-mana sahaja dia pergi.
Saya masih ingat dia ada, dia sangat baik dan kami ibarat keluarga.
Menurut AC Mizal apa yang membuatkan hubungan mereka lebih akrab apabila Abam bersama-sama menyertai kumpulan 4U2C dan menyanyikan lagu raya. Dalam masa yang sama, AC juga meminta agar semua peminat dan rakyat Malaysia mendoakan Allahyarham dan semua urusan dipermudahkan.
Tak sangka kali terakhir
Ya Allah , mengalir air mataku bila aku tgk video ni balik
Rupanya ini lah kali terakhir aku bergurau bersama kau Abam adik ku…akan aku kenang saat ini selamanya. Tak terucap kesedihan aku dan kak emy bila mendapat berita pemergian kau.Kami masih lagi ingat kata kau "rasa macam nak rebah bila dengar nama bocey tersingkir" tapi akhirnya kau kejar aku satu pentas tergelak dan bersyukur masih tetap ke final. Aku sedih dan bersyukur dapat berkongsi dengan kau di satu pentas terakhir untuk kenangan abadi kami bersama kau.
Allah lebih menyayangi mu adik ku dan akan kami kenang kau selamanya. Rehat lah adik ku dan kami akan sentiasa mendoakan agar roh mu ditempatkan bersama mereka yang beriman dan soleh.T erlalu cepat kau pergi meninggalkan isteri dan anak mu yang masih kecil. Kau lah lagenda komedi terkini dan selamanya.we love u brotha!Al Fatihah buat Adikku Abam.
Ramai sebak
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment