Pages

Hiburan: Peniaga Jual ‘Mask’ Pada Harga Tak Masuk Akal Akan Dikenakan Tindakan

Hiburan: February 9, 2020 at 10:21AM

Mengambil kesempatan dalam kesempitan. Begitulah yang telah dilakukan seorang peniaga ini di pasar pagi di Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar. Peniaga itu telah menjual topeng muka (mask) pada harga mencecah RM140 sekotak ekoran daripada wabak yang melanda dunia iaitu Coronavirus. Bagaimanapun, dia telah dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah.

N95 dijual pada harga RM6

Memetik laporan dari Harian Metro, serbuan pihak KPDNHEP sekitar jam 9.15 pagi telah berjaya menangkap wanita berusia 55 tahun itu dan mendakwa barangnya itu adalah bukan miliknya.

Malah, peniaga wanita itu dipercayai telah menjual mask berkenaan pada harga antara RM120 hingga RM140 berdasarkan maklumat orang awam. Pihak KPDNHEP turut merampas 2 kotak dengan setiap satu mengandungi 50 mask.

Berdasarkan aduan, kami dapati harga yang dijual tidak munasabah kerana harga kawalan bagi penutup mulut dan hidung satu lapisan dijual pada harga RM7 sekotak.

Manakala, dua lapisan pula dijual pada RM10 sekotak dan tiga lapisan RM40 sekotak sementara penutup n95 pula RM6 sekeping.

14 aduan telah dibuat

Foto hiasan

Sementara itu, terdapat satu lagi kes yang sama berlaku di Kulim, Kedah. Peniaga di sana turut menjual mask dengan harga yang tidak berpatutan. Tindakan peniaga ini akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan 2011 dan Perintah 3 (1) Perintah Kawalan (Penandaan oleh Penjual Runcit 2003).

Sepanjang Januari hingga hari ini, kita menerima 14 aduan berkaitan penutup hidung dan mulut yang dijual dengan harga berlebihan berbanding harga kawalan.

Setakat ini kita sudah mengambil tindakan terhadap peniaga di Sungai Petani pada 1 Februari lalu, dan dua kes masing-masing di Alor Setar dan Kulim, hari ini.

Sumber: Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular