Pages

Hiburan: Remaja OKU Ditemui Mati Di Rumah, Tak Makan Selama Seminggu Sejak Bapa Dikuarantin Kerana Coronavirus

Hiburan: February 6, 2020 at 03:22AM

Di China, seorang remaja OKU yang dikenali dengan nama Yan Cheng ditemui meninggal dunia di rumahnya selepas 'ditinggalkan' sendirian oleh bapa dan abang kandungnya yang dikuarantin kerana disyaki dijangkiti wabak coronavirus.

Ditinggalkan sendirian di rumah

Menerusi laporan New York Post, remaja yang berusia 16 tahun ini hanya ditemui seminggu selepas bapa dan abang kandungnya dikuarantin berikutan dengan wabak coronavirus yang melanda negara China itu. Bapa mangsa, Yan Xiaowen dikatakan telah pergi ke pusat kesihatan di bandar kerana mengalami demam tetapi tanpa diduga dia akhirnya telah diasingkan oleh pihak berkuasa tempatan selepas membuat pemeriksaan kesihatan. Menurut sumber, salah seorang anak lelakinya yang juga kurang upaya turut dikuarantinkan kerana disyaki dijangkiti wabak coronavirus.

Media tempatan China turut melaporkan bahawa bapa mangsa telah memohon bantuan kepada pihak berkuasa tempatan, doktor kampung dan saudara mara untuk menjaga anak lelakinya itu. Tetapi malangnya tiada seorang pun di antara mereka yang menghulurkan bantuan. Yan Cheng yang menghidap cerebral palsy itu ditinggalkan sendirian di kediaman mereka tanpa diberi makan dan minum.

Tidak diberi makan

Susulan itu, BBC turut melaporkan Yan Cheng hanya diberi makan sebanyak 2 kali sahaja sepanjang ketiadaan bapa dan abang kandungnya. Tetapi seorang pegawai kerajaan mengaku tidak bersalah dan menafikan perbuatan tersebut. Mereka sebaliknya mendakwa telah memberi makanan yang secukupnya kepada mangsa malah mereka juga telah menghantar gambar kepada bapa mangsa sebagai bukti anak lelakinya itu telah diberi makan.

Kematian Yan Cheng walau bagaimapun telah mencetuskan kemarahan netizen. Sementara itu, pihak berkuasa dikatakan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung dengan kes ini untuk mengetahui punca sebenar kematian remaja tersebut.

Sumber: New York Post, BBC



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular