Hiburan: February 6, 2020 at 03:15AM
Hidayah itu milik Allah dan ianya boleh datang dalam pelbagai bentuk termasuklah hidayah untuk memeluk agama Islam.
Seperti kisah yang dikongsikan seorang pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang meluahkan rasa syukur apabila dakwahnya diterima ramai sehingga membuka hati sesetengah individu terutamanya yang bukan Islam untuk memeluk agama Islam.
Keluarga peluk Islam
Menerusi video yang dimuatnaik Ustaz Ebit di laman Instagram miliknya dengan berkongsi kisah sebuah keluarga yang terbuka hati untuk memeluk agama Islam. Menceritakan kisah itu, Ustaz Ebit memberitahu sebelum ini seorang gadis berbangsa Tionghua yang dikenali dengan nama Mei telah memeluk agama Islam semasa sesi ceramahnya di Lahad Datu. Namun, tidak sampai 24 jam selepas Mei melafazkan dua kalimah syahadah, bapanya pula terbuka hati untuk memeluk Islam.
Alhamdulillah
Sementara itu, menurut pendakwah terkenal ini, doa Mei untuk melihat ahli keluarganya memeluk Islam akhirnya termakbul kerana tidak sampai 3 bulan selepas dia dan bapanya melafazkan syahadah, kini ibu serta dua orang adik perempuan telah mengikut langkahnya dengan memeluk agama Islam. Difahamkan juga, kesemua ahli keluarga Mei kini telah menjadi sebahagian daripada saudara seislam kecuali seorang abangnya.
Perkongsian ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa syukur kerana keluarga ini diberi hidayah untuk memeluk agama Islam. Tidak kurang ada di antara mereka yang turut sebak sebaik sahaja menonton video ini.
Sumber: Ebit Lew
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment