Hiburan: February 10, 2020 at 06:10PM
Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala yang berulang. Biasanya, pesakit akan mengalami kesakitan di sebelah bahagian kepala sahaja. Namun, ianya akan beransur pulih dan hilang sepenuhnya selepas 4 hingga 72 jam. Kesakitan migrain boleh berada pada dua tahap iaitu tahap sederhana dan sangat sakit.
Pesakit akan sering mengadu mereka tidak dapat meneruskan kerja atau aktiviti-aktiviti harian apabila diserang oleh migrain. Menurut doktor, serangan migrain boleh berlaku sekali dalam beberapa bulan, atau beberapa kali dalam seminggu. Kalau korang nak tahu lebih lanjut berkaitan migrain, jom baca perkongsian ini!
Punca-punca migrain
1. Makanan : alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
2. Persekitaran : merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya minyak wangi
3. Psikologi :Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil 'migrain hujung minggu' (weekend migraine)
4. Ubat-ubatan : rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
5. Lain-lain : haid, pertukaran masa tidur, putus haid
Simptom dan tanda-tanda migrain
Pesakit yang menghidap migrain akan merasa loya dan kadang-kadang muntah. Semasa serangan migrain berlaku, kebanyakan pesakit tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat, dan mereka lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah. Berikut merupakan simptom dan tanda-tanda migrain.
- Sakit bahagian kepala yang berdenyut-denyut. Ia menjadi lebih teruk apabila seseorang itu melakukan sebarang aktiviti lain.
- Ia melibatkan sebelah bahagian kepala sahaja, sama ada kiri ataupun kanan. Ia berlaku dibahagian dahi berdekatan dengan kawasan mata. Tetapi ia juga boleh melibatkan kawasan kepala yang lain.
- Sakit tersebut mungkin boleh berlaku sehingga 3 hari.
- Mempunyai simptom rasa loya dan muntah-muntah.
- Selalunya pesakit sensitif terhadap cahaya dan bunyi yang kuat.
- Ada sesetengah pesakit yang mempunyai kelumpuhan tangan atau/dan kaki ketika mana migrain berlaku
Di samping itu, pesakit juga akan mempunyai beberapa tanda ketika diperiksa oleh doktor
• Mata menjadi merah
• Jantung berdenyut laju ataupun terlampau perlahan
• Tekanan darah tinggi ataupun terlampau rendah
• Sakit dibahagian tengkuk
Rawatan migrain
1. Ambil ubat
Pengambilan ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau aspirin boleh membantu bagi mengatasi masalah migrain yang ringan. Bagi masalah migrain yang lebih kuat, ubat preskripsi utama, triptans secara lazimnya akan disyorkan.
Walau apapun, setiap ubat penahan sakit perlu mendapatkan nasihat doktor dan diambil dengan berhati-hati.
2. Cara hilangkan migrain dengan bersenam
Kajian mendapati, senaman ringan seperti jogging dan berbasikal dan mengurangkan serangan migraine. Senaman mendorong tubuh menghasilkan bahan kimia penahan yang dikenali sebagai endorfin.
3. Kenal pasti pencetus migrain
Migrain boleh dikawal sekiranya anda dapat mengenal pasti pencetus migrain tersebut. Lihat juga apa yang di makan dan minum kerana apa yang dimasukkan dalam badan boleh memberi impak kepada sakit kepala. Hadkan pengambilan kafein, atur jadual makan terutama mereka mendapat sakit kepala dari gula rendah. Jangan melewatkan makanan terutama sarapan pagi.
4. Cara hilangkan migrain dengan urutan
Antara cara paling berkesan untuk menghilangkan migrain adalah dengan melakukan urutan. Mulakan dengan bahagian bahu, leher, tengkok dan belakang telingan seterusnya kepala.
Urutan mampu membantu memperbaiki perjalanan darah di kepala selain membuat pesakit migrain rasa lebih selesa dan relaks yang mampu menghilangkan tekanan.
5. Berehat
Tekanan dengan tugas seharian di pejabat juga boleh menyumbang kepada migrain. Berehatlah walau hanya di rumah, baring seketika di tempat gelap dan bebas daripada sebarang bunyi bising. Percayalah, dapat legakan sakit kepala.
6. Dapatkan diagnosa doktor
Setiap pesakit migrain perlu terlebih dahulu berjumpa dengan doktor untuk diperiksa, tahap pesakit migrain berbeza antara satu sama lain. Tiada ujian khusus untuk migrain namun doktor perlu merawat secara terperinci untuk membuat diagnos yang betul.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment