Hiburan: February 10, 2020 at 06:01PM
Segala teka teki dan persoalan mengenai siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-34, akhirnya sudah terjawab apabila lagu 'Sumpah' nyanyian Naim Daniel berjaya memenangi anugerah tersebut. Kemenangan yang diraih Naim Daniel sewaktu malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-34, ternyata mencuri perhatian ramai khususnya bekas pengacara anugerah berprestij itu iaitu Azwan Ali.
Sumpah tak kenal
Menerusi Twitter Diva AA, Azwan Ali memuat naik satu tweet di mana dia mendakwa tidak mengenali penyanyi lagu 'Sumpah' itu. Pada masa yang sama, dia turut menyatakan perasaan tidak hairan terhadap artis tersebut meskipun dia dinobatkan sebagai juara. Emoji kurang gemar turut diberikan Azwan Ali menerusi tweet tersebut.
Salam, uncle Azwan
Ekoran daripada tweet yang dilakukan bekas pengacara Anugerah Juara Lagu itu, Naim Daniel turut membalas semula tweet berkenaan dengan memberikan ucapan salam buat Azwan Ali sebelum memperkenalkan dirinya. Menurut Naim, dia merupakan antara individu yang memberikan sokongan buat artis itu ketika Pilihan Raya Umum yang ke-14 (PRU14).
Pada masa yang sama, dia turut memberitahu bahawa banyak perkara yang masih perlu dipelajarinya apabila memasuki industri hiburan. Di akhir ayatnya, dia mendoakan semoga Azwan Ali dicintai Allah sentiasa. Gambar dan kaspyen sewaktu menyokong selebriti itu turut dimuat naik oleh Naim.
Jangan layan dia!
Rata-rata peminat memberi kata-kata sokongan buat Naim Daniel, dan mereka berharap penyanyi itu tidak ambil peduli mengenai tweet yang dimuat naik oleh Azwan Ali. Tambah netizen, kematangan seseorang individu bukan dipandang berdasarkan faktor usia.
Sumber: Naim Daniel
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment