Pages

Hiburan: [VIDEO] ‘Badan Dah Lah Debot Macam Tu, Alahai Anak Muat Pulak Dia Masuk’

Hiburan: February 13, 2020 at 08:13AM

Memang tidak dapat dinafikan, kanak-kanak yang sedang membesar sememangnya mempunyai pelbagai gelagat dan kerenah yang kadangkala tak tercapai dek akal. Kerenah mereka yang 'banyak akal' itu boleh membuatkan ibu bapa pening kepala dan dalam masa yang sama kelakuan si kecil ini mampu menjadi penyeri keluarga.

Seperti kisah yang dikongsikan seorang ibu, Nuriza Yusiza di laman Facebook dengan memuatnaik satu video yang memaparkan gelagat lucu anak perempuannya yang 'tersepit' di celah peti sejuk di rumah mereka.

'Kelibat baby tak nampak'

Menerusi video berdurasi 0:50 saat yang dirakam si ibu, memaparkan gelagat lucu anaknya yang sedang menangis kerana 'tersepit' di celah peti sejuk di rumah mereka semasa si ibu sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur.

Si ibu turut terhibur melihat kerenah anak kecilnya yang 'banyak akal' kerana boleh terdetik di akal fikirannya untuk masuk di celah peti sejuk yang ruangannya sangat sempit. Lebih melucukan apabila ibunya menganggap anaknya 'tersepit' disebabkan saiz badannya yang agak montel. Anak kecil itu kemudian akhirnya berjaya 'diselamatkan' oleh si bapa.

Baby tersepit! Kejadian ni berlaku malam tadi. Si ibu yg sedang membasuh pinggan, tiba-tiba terdengar jeritan yang amat kuat di dapur, tapi kelibat babynya tak nampak! Rupa-rupanya…Ini sebab terlebih nakal ke terlebih makan?

'Muat pula dia masuk'

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dan rata-rata daripada mereka terhibur melihat aksi lucu anak kecil yang 'montel' ini. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang menyifatkan kanak-kanak itu sedang berada dalam proses tumbesaran dimana sel otaknya sedang berhubung.

Sumber: Nuriza Yusiza



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular