Pages

Hiburan: [VIDEO] ‘Dia Janji Nak Sambut Tapi’ – Fad Menangis Rai Hari Jadi Selesai Majlis Tahlil Abam

Hiburan: February 13, 2020 at 07:33AM

Pemergian salah seorang anggota Bocey, Abam benar-benar meninggalkan kesan mendalam terhadap Fad dan Achey. Hubungan akrab di antara mereka boleh dikatakan melebihi hubungan adik beradik. Tambah menyedihkan semasa kematian Abam, Fad berada di Jepun dan baru sahaja tiba di Malaysia semalam.

Setibanya di lapangan terbang, Fad terus menziarahi pusara arwah ditemani ahli keluarga dan Achey. Malam tadi, mereka juga sempat meraikan ulang tahun kelahiran Fad secara sederhana selepas majlis tahlil. Sebak.

'Khas untuk daddy, kenangan kita'

 

View this post on Instagram

 

Haritu ddy cakap abam tak reply pun ddy wish dia .pastu ddy ckp takpeee aku nk tgok birthday aku dia wish tk 13 hb ni .daddy ,abam takkan wish dah ddy .takkan sama mcm tahun2 lepas .takkan ada dh muka ddy dkt ig abam .dia tgh rehat . . Khas utk daddy ,kenangan kita selalu buli dia ,terkejut kan dia dan mcm2 la .itu hanya kita dan dia sahaja tau .keluarga bocey terlalu banyak kenangan yg tk mungkin kami lupa .memang org akan cakap skrg baru nak ingat ke ?no bukan sbb skrg bru ingat tapi skrg la masanya kami nak kongsi betapa banyaknya kenangan kami . . Daddy kita doakan dia .kita teruskan bawak nama bocey sebab kita tau mcm mna susahnya kita bersama arwah utk naikkan nama bocey .raikan lah tahun ni dengan kenangan yg ada dalam simpanan album sy .mommy doakan daddy dimurahkan rezeki ,dikurniakan kesihatan yg sihat dan bahagia dunia akhirat .mommy tak mintak banyak ,mommy nak daddy kuat balik .arwah tau kita jauh daddy sebab tu daddy tk dpt tengok dan sentuh buat kali terakhir .satu masa pasti kita akan bertemu .again ,happy birthday suami tersayang .moga Allah kurniakan kekuatan buatmu .sama2 kita doakan buat arwah??

A post shared by Syaheera??Fadzlie (@syaheeraarahman) on

Tanggal 13 Februari semalam, Fad meraikan hari jadi yang ke 29 tahun. Isteri, Syaheeraa Rahman ada memuatnaik video ucapan khas di Instagram memaparkan kenangan mereka bersama Bocey. Sebelum ini, Fad ada berseloroh dengan isteri mahu melihat sama ada Abam memberi ucapan hari jadi atau tidak.

'Kita baik ramai sayang'

Fad, aku wakil arwah Abam yang sepatutnya selalu sambut hari jadi kau, hari ni dia tak ada Fad. Dia tak ada, dia dah pergi. Aku, kau ngan Achey adalah adik beradik yang tak ada ganti. Dia tak ada tak bermakna kami lupa.

Dia janji dengan kau dia nak sambut hari jadi kau, tapi malam ni dia tak ada. Aku ada Fad. Kita baik ramai sayang.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik pojie.pidon, mereka meraikan ulang tahun kelahiran Fad secara sederhana dengan sebuah kek yang tertulis 'kita baik ramai sayang'. Ali Puteh sebagai adik arwah ada memberikan ucapan sehingga membuatkan Fad menangis.

Sumber : Syaheeraa Rahman , Pojie.pidon



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular