Hiburan: February 10, 2020 at 01:18PM
Industri hiburan Malaysia hari ini dikejutkan dengan pemergian seorang insan yang sangat berbakat iaitu Syed Umar Mokhtar atau dikenali sebagai Abam dari Kumpulan Bocey. Kehilangan seseorang sahabat yang turut dianggap sebagai ahli keluarga memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Begitulah perasaan yang dialami oleh sahabat baik arwah iaitu Fad Bocey. Lebih menyedihkan apabila Fad dikatakan tidak sempat untuk menghadiri majlis pengebumian Abam memandangkan dia masih berada di Jepun.
'Dia sentiasa ada dalam hati saya'
Menerusi video berdurasi 1:13 saat yang dimuatnaik Astro Gempak memaparkan Fad Bocey meluahkan rasa sedih dengan berita kehilangan sahabat baiknya itu. Dalam masa yang sama Fad juga berasa amat terkilan kerana tidak berkesempatan untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Menceritakan kisah itu, Fad memberitahu bahawa kejayaan yang dia miliki sekarang adalah disebabkan Allahyarham dan sahabat baiknya itu merupakan insan yang bermula dengannya dalam industri seni ini.
Saya memang terkilan lah, tak dapat jumpa dia, tak dapat tengok dia. Saya bermula dengan dia dan dia pergi seawal ini. Saya tak jangka dan saya memang rindu sangat dekat dia. Dia sentiasa ada dalam hati saya.
Tak sempat balik Malaysia
Sementara itu, menerusi Instagram Story isteri kepada Fad Bocey iaitu Syahirah A Rahman sempat berkongsi keadaan suaminya yang dilihat masih bersedih dan berduka dengan pemergian sahabat baiknya, Abam Bocey. Fad yang kini berada di Jepun turut memaklumkan bahawa dia telah cuba sedaya upaya untuk pulang ke Malaysia tetapi malangnya tiada tiket dijual dan paling awal adalah tiket yang berlepas pada waktu malam.
'Kenapa tak tunggu Fad balik?'
Dalam kesempatan itu, Fad juga turut memohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama menghadiri majlis pengebumian serta menguruskan jenazah sahabat baiknya itu. Walaupun begitu, dia mengakui Abam akan sentiasa ada dalam ingatan dan tidak akan pernah melupakan Abam hingga hingga akhir hayatnya.
Tak jamah nasi pun
Sumber: Astro Gempak, Syaheeraarahman
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment