Hiburan: March 20, 2020 at 08:40AM
Admin nak tanya, dalam seminggu berapa kerap korang kemas dan bersihkan rumah? Korang pasti ke rumah korang berada dalam keadaan yang betul-betul bersih? Kemas tak semestinya bersih tau! Maksud admin, bebas dari sebarang kuman.
Haa..dengan wabak Covid-19 yang semakin berleluasa ni, penting tau untuk korang ambil langkah berjaga-jaga. Lagi bagus kalau korang bermula dari rumah. Nah, admin kongsikan beberapa tips mudah untuk bebaskan rumah korang dari kuman pembawa penyakit!
1. Handphone, laptop dan gajet perlu dinyah kuman selalu!
Membasuh tangan dengan kerap memang boleh menghindarkan diri kita dari dijangkiti kuman, tapi macam mana pulak dengan handphone dan laptop yang sentiasa melekat di tangan kita tu? Mesti tak terkira banyaknya kuman yang melekat di keyboard.
*Baru-baru ni, Apple telah mengeluarkan kenyataan di laman webnya bahawa iPhone adalah selamat untuk dibersihkan dengan disinfectant wipes seperti Clorox. Tapi cara ni bukan saja boleh digunakan untuk menyah kuman handphone, korang juga boleh aplikasikan cara yang sama pada laptop, headphone dan gajet elektronik lain.
Lepas ni, selalulah lap gajet korang selepas setiap penggunaan ataupun dengan lebih kerap, ok!
*Sumber: cnet.com
2. Minggu ni dah tukar tuala ke belum?
Cara terbaik untuk elakkan kuman dari terus membiak pada tuala korang adalah dengan membiarkannya kering dengan sepenuhnya antara setiap penggunaan. Lepas dah guna tuala, jangan terus gantung basah-basah. Sebaliknya, jemur di bawah matahari untuk mematikan kuman.
Jangan pakai tuala yang sama lebih dari seminggu tau! Lagi bagus, kalau korang ganti atau basuh tuala sekurang-kurangnya setiap dua atau tiga hari.
Inilah cara yang betul untuk mencuci tuala dengan peluntur:
1. Asingkan pakaian mengikut warna. Jangan guna peluntur untuk kain berbulu biri, sutera, mohair, kulit, spandex dan warna yang tidak tahan luntur.
2. Tuangkan satu cawan (250ml) Clorox Bleach dan detergen untuk cucian muatan penuh dengan air untuk mencuci.
3. Masukkan pakaian.
Untuk hasil cucian yang terbaik:
Gunakan dispenser peluntur jika ada, atau cairkan 1 cawan (250ml) Clorox Bleach dalam 4 liter air. Tuangkannya dalam cucian 5 minit selepas kitaran cucian bermula. Selamat untuk mesin basuh!
3. Walaupun kain buruk, tetap kena selalu basuh tau!
Setiap dapur wajib ada kain buruk. Kain tu lah guna untuk lap dapur, angkat periuk panas, lap air tumpah. Lepas tu, korang biar je tersidai sebelah sinki dalam keadaan lembab. Memang senanglah untuk kuman beranak-pinak!
Walaupun kain buruk, janganlah korang biar sampai berlendir dan hitam. Sebaik-baiknya, korang rendam dengan peluntur dan basuh setiap satu hingga dua hari atau gantikannya setiap bulan. Nak lagi mudah, campurkan 1 cawan (250ml) Clorox Bleach Original dalam 4 liter air, rendam kain buruk selama 5 minit, kemudian bilas dan biarkan kering.
4. Kepala paip jangan dilupakan!
Berapa kerap korang cuci bilik air dalam sebulan? Kadang-kadang tu cuci bilik air dah selalu dah, tapi mesti lupa nak bersihkan kepala paip! Yelah, tiap-tiap hari kita masuk bilik air dan selalu jugak tangan kita bukak tutup paip untuk basuh tangan.
Kita tak tahu kotoran apa yang terkumpul kat tangan kita tu, lepas tu kita pegang pulak paip dan tinggalkan kotoran dan kuman. Apa kata lepas ni pastikan sental semua kepala paip sekurang-kurangnya sekali sehari dengan disinfectant wipes ataupun penyembur anti kuman, ya!
5. Tombol pintu, sinki, kaunter dapur pun kena selalu nyah kuman okay!
Sebenarnya ada banyak tempat untuk kuman ni bersembunyi terutamanya di tempat yang paling kerap disentuh seperti tombol pintu, sinki, kaunter dapur, meja, remote tv dan banyak lagilah. Macam-macam orang yang pegang, jadi macam-macam jenis kumanlah yang berkampung kat situ. Yikes!
Untuk menghapuskan kuman ni dari terus membiak, pastikan korang sentiasa menyah kuman dengan mengelap tempat-tempat berkenaan sekali sehari dengan pembersih atau wipes pembasmi kuman.
Nampak macam remeh, tetapi segala-galanya boleh dicegah bermula dari rumah!
Macam yang kita tahu, penularan virus Covid-19 dah berada di tahap yang membimbangkan. Jadi, kita semua kena lebih prihatin dengan keadaan sekeliling untuk mencegah wabak ni dari terus merebak.
Clorox, sebagai produk pembersihan yang berhasil membunuh 99% kuman, tampil dengan beberapa cara mudah untuk menggunakan produk mereka bagi membantu kita melawan kuman. Check this out!
Clorox Bleach Original
- Cairkan satu cawan (250ml) produk dalam 5 liter air
- Bersihkan permukaan dengan cecair Clorox dan biarkan selama lima minit
- Bilas dan biarkan kering
Clorox Disinfecting Wipes
- Lap permukaan untuk menyah kuman
- Pastikan permukaan basah selama empat minit
- Biarkan permukaan kering
- Untuk permukaan yang sangat kotor, bersihkan kotoran terlebih dahulu sebelum disinfeksi dengan wipes
Clorox All Purpose Cleaner Spray with Bleach
- Semburkan pada permukaan
- Biarkan selama 30 saat
- Bilas dan biarkan kering
Clorox Clean-Up Floor Cleaner with Bleach
- Tambah dua cawan penuh (100ml) produk dalam tiga liter air
- Mop atau lap permukaan dengan bancuhan tadi
- Biarkan selama lima minit
- Bilas dan biarkan kering
Clorox Clean Up Cleaner + Bleach
- Semburkan produk dari jarak 6 hingga 8 inci dari permukaan
- Biarkan ia meresap segala kotoran
- Biarkan selama 30 saat
- Lap dengan span atau kain basah dan bilas dengan air, tidak perlu menyental
- Untuk permukaan yang sangat kotor, pastikan permukaan bersih dahulu
Mudah je kan semua tips yang Clorox kongsikan ni. Jom jadikan persekitaran kita bersih dan sama-sama kita hapuskan semua kuman dengan Clorox!
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Clorox Malaysia
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment