Pages

Hiburan: 70 Penguat Kuasa Terima Rasuah Bakal Ditahan SPRM

Hiburan: March 11, 2020 at 05:15AM

Semalam, 12 pegawai kanan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Pulau Pinang ditangkap kerana dipercayai melindungi pemandu lori lebih muatan.

Menerusi laporan Berita Harian hari ini pula, lebih 70 orang lagi pegawai dan anggota pelbagai agensi penguat kuasa di utara Semenanjung berada di bawah pemantauan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menerima rasuah

Menurut laporan, anggota penguat kuasa dan pegawai yang berada di bawah pemantauan itu dipercayai menerima rasuah bernilai ratusan ribu ringgit sebulan bagi menutup kesalahan memberi maklumat awal berkaitan operasi yang akan dijalankan terhadap pemandu lori lebih muatan. Kesemua mereka bakal ditahan dalam masa terdekat kerana menerima wang berjumlah RM10 ribu sehingga RM30 ribu sebulan.

Operasi khas ini terbahagi kepada beberapa fasa dengan 12 orang, termasuk pegawai kanan yang mengetuai jabatan penguat kuasa di peringkat negeri sudah ditahan semalam, dan permohonan reman ke atas mereka dibuat pagi ini. Tangkapan ini adalah susulan keluhan pemandu lori yang mendakwa terpaksa membayar wang sogokan kepada pegawai penguat kuasa jika mahu memandu di negeri di utara tanah air tanpa gangguan atau tindakan.

Pemandu lori didakwa diugut

Terdahulu, 12 pegawai kanan JSPT Pulau Pinang dan seorang pegawai di Kuala Lumpur ditahan ketika operasi khas SPRM. Rata-rata daripada mereka berusia 31 hingga 59 tahun. Kesemua mereka bakal disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana berjumlah hampir RM500 ribu.

Ini menyebabkan gelombang kedua operasi membanteras kegiatan sedemikian dilakukan dengan suspek kebiasaannya melakukan pemindahan wang menggunakan akaun milik ejen, ahli keluarga atau rakan pegawai terbabit. Ada antara mereka yang meminta 'pampasan' bagi beberapa bulan 'yang direhatkan' seketika itu, selain kegiatan mereka dipercayai bermula sejak Julai tahun lalu, iaitu tiga bulan selepas tangkapan ke atas penguat kuasa JPJ di Pulau Pinang.

Mereka pada mulanya takut dan semua pemindahan wang digantung selama dua bulan (Mei dan Jun 2019). Bagaimanapun, bayaran bagi Julai dikatakan perlu digandakan sebagai 'pampasan' untuk bulan sebelumnya. Bayaran boleh dibuat secara segera apabila sesebuah lori didapati mempunyai masalah dalam sekatan jalan raya. Bagaimanapun terdapat skim bayaran bulanan bagi mendapatkan 'perlindungan' daripada penguat kuasa.

Pada masa yang sama, melalui hasil risikan kes tersebut, ada pemandu lori didakwa diugut kumpulan penguat kuasa jika gagal memberi wang sogokan. Selain itu, pegawai yang menerima rasuah turut meminta syarikat logistik berhenti merasuah mereka bagi suatu tempoh masa untuk mengelak daripada dikesan SPRM. Walau bagaimanpun, kegiatan tersebut kembali dilakukan seperti biasa selepas setahun kes tahanan berpuluh-puluh penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tahun lalu.

Sumber: Berita Harian & Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular