Hiburan: March 11, 2020 at 05:12AM
Baru-baru ini, perkongsian pelawak Ali Puteh yang meluahkan rasa rindu terhadap arwah Abam menerima kecaman apabila ada netizen yang menyifatkan luahannya itu hanya sekadar mahu meraih simpati dan publisiti murahan.
Malah, ada yang terkejut dengan tindakan Ali membalas komen jujur yang ditulis netizen dengan cara kasar sehingga ada yang melabelkannya seorang yang panas baran.
Gara-gara itu dia menerima pelbagai kritikan serta kecaman teruk, dimana ramai membandingkan keperibadiannya dengan arwah abangnya yang sangat jauh berbeza. Umum mengetahui Abam seorang yang berbudi bahasa dan baik hati.
Tidak tahan terus dikecam, Ali sekali lagi nampaknya tidak dapat mengawal emosinya dan mencabar netizen agar bersemuka. Lebih baik bertemu empat mata sekiranya ada yang ingin menghina dirinya, jangan hanya "berani" di media sosial sahaja.
Pada pendapat kami, dalam situasi sekarang Ali lebih baik untuk terus bersabar dan jangan terus melayan komen-komen negatif.
Bila dalam keadaan tertekan dan emosi tidak stabil, pelbagai perkara atau perkataan tidak sepatutnya akan keluar yang hanya akan memburukkan lagi keadaan. Tidak perlu terus membalas setiap kecaman, cuba untuk tenangkan diri.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment