Hiburan: March 20, 2020 at 11:37AM
Kerajaan sudah menyeru agar semua jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling agar melakukan ujian saringan Covid-19 atas faktor membendung penularan wabak ini. Namun terdapat beberapa individu yang masih bersikap 'keras kepala' sehinggakan pihak polis terpaksa mengambil tindakan.
Jika sebelum ini seorang warga emas di Labuan di jemput pihak polis untuk lakukan pemeriksaan kesihatan, kini seorang lagi jemaah tabligh yang dikesan tidak mahu lakukan ujian saringan dipujuk pihak polis. Melalui rakaman video Bernama di Twitter, pihak polis terpaksa memujuk lelaki berkenaan sambil kawasan rumahnya di kepong dengan garisan polis.
Polis pujuk buat pemeriksaan
[Video] Beberapa orang anggota polis memujuk seorang lelaki di Alor Setar untuk membuat pemeriksaan di hospital selepas menerima aduan daripada jirannya yang beliau menyertai perhimpunan baru-baru ini#perhimpunan #COVID19 pic.twitter.com/THRW4JAxTe
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 20, 2020
Kejadian yang dilaporkan di sebuah rumah di Alor Setar menunjukkan beberapa anggota polis memujuk lelaki berkenaan agar membuat saringan di hospital. Hal ini kerana pihak polis menerima aduan yang mengatakan lelaki tersebut menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.
Sampai bila nak menyusahkan
Sumber: Bernama
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment