Pages

Hiburan: COVID-19: Seorang Lagi Jemaah Tabligh Meninggal Dunia

Hiburan: March 20, 2020 at 01:17PM

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook miliknya memaklumkan satu lagi berita kematian melibatkan Covid-19. Kematian tersebut merupakan kes yang ke-152 yang telah disahkan meninggal dunia pada jam 6.27 petang, hari ini.

Daripada kluster jemaah tabligh

Difahamkan kes yang ke-152 ini melibatkan seorang lelaki warganegara yang berusia 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh yang berhimpun di Seri Petaling, Kuala Lumpur, tempoh hari.

Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga kes.

Merosot hari demi hari

Kematian lelaki berusia 58 tahun ini telah menjadikan jumlah bilangan sebanyak tiga kes setakat hari ini. Mangsa telah dimasukkan ke Hospital Tawau sejak 9 Mac 2020 lalu dan diberi bantuan pernafasan sebelum dimasukkan ke ICU.

Kes ke-152 ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.

Sumber: Noor Hisham Abdullah



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular