Pages

Hiburan: Covid-19: Malaysia Sekat Kemasukan Pelancong Asing Dari Iran, Itali Dan Korea Selatan

Hiburan: March 11, 2020 at 08:48AM

Menteri Kesihatan iaitu YB Dato' Sri Dr Adham Baba dalam kenyataan kabinet hari ini memaklumkan sekatan terhadap kemasukkan pelancong asing dari Iran, Itali dan Republik Korea ke Malaysia akan disekat. Malah, sekatan ini berkuatkuasa di kesemua pintu masuk antarabangsa bermula 13 Mac 2020 ini.

Sekatan di semua pintu masuk

Melalui pages Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan untuk menyekat perjalanan masuk pelancong atau warga dari negara Iran, Itali dan Republik Korea ke Malaysia. Mereka juga tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang transit perjalanan di mana-mana pintu masuk antarabangsa (PMA).

Hal ini adalah disebabkan risiko penularan wabak COVID-19 yang semakin serius melanda negara di Asia Tenggara. KKM berkata pihak berkuasa negara ini akan membuat penilaian berterusan dalam usaha mengawal dan menghapuskan wabak itu sebagai langkah pemulihan.

Gantung kesemua visa

Sementara itu, negara jiran Singapura telah melarang kemasukan pelancong yang mempunyai sejarah perjalanan ke Iran, Itali utara dan Korea Selatan dalam tempoh 14 hari lepas. Kesemua pintu masuk utama ke negara itu telah disekat sejak 4 Mac 2020 lalu.

Tambahan, Kementerian Kesihatan Singapura berkata Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menggantung pengeluaran semua visa kepada pemegang passport Iran dengan serta-merta.

Sumber: BERNAMA, BH Online



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular