Hiburan: March 11, 2020 at 07:44AM
Berita Indonesia hari ini melaporkan seorang warga asing di negara itu meninggal dunia akibat coronavirus sekaligus merupakan kes kematian pertama di negara itu. Kementerian Kesihatan Indonesia berkata mangsa wanita berusia 53 tahun sudah kritikal ketika dimasukkan ke hospital.
Sudah dalam keadaan kritikal
Memetik laporan Kompas.com, pesakit wanita warga asing itu disahkan meninggal dunia pada 11 March 2020 sekitar jam 2.00 pagi waktu tempatan. Seorang pegawai kementerian iaitu Achmad Yurianto berkata jenazah warga asing itu kini dalam proses untuk menghantar mayat ke negara asalnya.
Pasien ini memang masuk ke rumah sakit sudah dalam keadaan sakit berat karena memang ada faktor penyakit yang mendahuluinya.
Sekarang sedang dalam proses untuk mengirimkan kembali jenazah ke negaranya dan selama perawatan didampingi oleh suaminya.
Kematian pertama
Kementerian Kesihatan Indonesia tidak mendedahkan butiran mengenai pesakit berkenaan kepada umum. Kematian di Indonesia ini merupakan kes kematian COVID-19 pertama di rantau Asia Tenggara.
Sehingga hari ini, angka pesakit positif COVID-19 adalah meningkat ke 27 orang dan masing-masing dalam pemantauan doktor.
Sumber: Metro
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment