Hiburan: March 20, 2020 at 04:39AM
Jasa dan pengorbanan pekerja barisan hadapan di saat penularan wabak COVID-19 seharusnya dipandang tinggi. Mereka bukan sahaja berkorban masa bersama keluarga, malah merisikokan nyawa sendiri demi menyelamatkan orang lain.
Jadi, adalah kurang sopan jika ada yang mengatakan golongan ini dengan sengaja meraih simpati apabila meluahkan kebimbangan di media sosial.
Menyampah
Dakwa wanita ini, pekerja hospital sengaja berkongsi cerita sedih bertujuan untuk meraih simpati orang ramai. Katanya lagi, pekerja hospital yang bertugas dibayar gaji di atas pengorbanan yang dibuat.
'Risiko hidup & mati, tak hadap gaji'
Orang ramai yang tidak berpuas hati mengecam kenyataan yang dikeluarkan. Menurut mereka, kakitangan hospital di saat ini berdepan dengan risiko hidup dan mati. Pengorbanan yang dilakukan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.
Mohon maaf
Wanita ini walau bagaimanapun memohon maaf di atas ketelanjuran yang dibuat. Dia juga mengakui tidak berfikir dengan bijak sebelum menulis status di laman sosial.
Sumber : Adila Zulkafli
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment