Hiburan: March 20, 2020 at 04:53AM
Penyanyi nasyid, Fitri Haris memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya di mana dia berasa sedih apabila anaknya Sofea terpaksa pulang ke Singapura seorang diri.
Menurutnya, kali ini dia tidak dapat menemani dan menghantar anaknya itu pulang semula ke pangkuan bekas isteri kerana penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan baru-baru ini.
Covid-19 sangat memberi impak
Menurut Fitri Haris, wabak Covid-19 yang melanda hampir semua negara sangat memberi impak kepadanya dan anaknya yang merupakan warganegara Singapura. Ini kerana, sewaktu hendak menghantar Sofea pulang semula ke Singapura, semua jalan darat termasuk Imigresen telah ditutup. Walaupun sudah mencari pelbagai jalan alternatif yang lain, Fitri memberitahu hanya ada satu jalan yang boleh membawa Sofea pulang ke sana iaitu melalui kapal terbang.
Akur dengan jalan penyelesaian tersebut, Fitri meluahkan perasaan sedih kerana tidak dapat menemani anaknya kali ini. Tambahnya, anaknya itu masih under age dan dia tidak pernah membiarkan Sofea seorang diri sebelum ini. Namun, dia bersyukur pihak syarikat penerbangan sanggup membantu dan membawa Sofea sehingga berjumpa dengan ibunya sebaik tiba di Singapura.
Kenapa tak biar Sofea stay sini?
Di ruangan komen rata-rata netizen mendoakan semoga Sofea selamat sampai di Singapura dan wabak Covid-19 ini akan berkurang. Namun, ada juga yang bertanya mengapa penyanyi tersebut tidak membiarkan anaknya itu tinggal di Malaysia. Pertanyaan tersebut dijawab sendiri oleh Fitri Haris iaitu warganegara Singapura bersekolah dan bekerja seperti biasa. Lagipun negara tersebut belum mempunyai Perintah Kawalan Pergerakan.
Sumber: Fitri Haris
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment