Hiburan: March 10, 2020 at 04:13AM
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi Elizabeth Tan, bukan sahaja seorang yang berbakat besar tetapi dia juga sangat cantik dan mempunyai bentuk tubuh menawan. Kata orang, memang pakej lengkap dan foto-foto yang dimuat naik di akaun media sosialnya menjadi perhatian ramai lelaki di luar sana dan dikatakan sering menyerlahkan imej seksi dan menggoda.
Bagaimanapun, Elizabeth yang lebih mesra dipanggil Lizzy tidak pernah menganggap foto yang dikongsi di Instagramnya itu keterlaluan. Malah, dia menafikan dakwaan sengaja berpakaian seksi untuk "mengumpan" lelaki.
Pada Lizzy, tidak ada salahnya kalau dia ingin berpakaian mengikut citarasa kerana dirinya masih lagi muda dan yakin ibunya akan jadi orang pertama yang menegur jika cara pemakaiannya keterlaluan.
Jika pakaian saya keterlaluan, saya yakin ibu menjadi orang pertama menegur dan meminta saya menukarnya.
Lagipun, apa salahnya berpakaian mengikut cita rasa kerana saya masih muda? Saya bukan berpakaian terlalu seksi seperti bintang K-pop yang mengenakan baju singkat. Saya tidak akan memuat naik foto jika berpakaian begitu. Saya hanya muat naik foto yang disukai peminat sahaja.
Meskipun berani menampilkan pelbagai gaya seksi Lizzy bagaimanapun menafikan dirinya sebagai "simbol seks".
Lizzy juga tidak terlau ambil pusing dengan komen serta krtikan berkaitan penampilannya itu. Biasalah orang muda, pasti ingin bergaya dan tampil dengan sesuatu berbeza.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment