Pages

Hiburan: Misteri Bau Busuk Terjawab, Mayat Lelaki Ditemui Terikat Wayar & Diserkup Sarung Bantal

Hiburan: March 10, 2020 at 03:57AM

Di Bukit Mertajam, Pulau Pinang seorang lelaki ditemui mati oleh pihak polis dalam keaadaan yang sangat menyayat hati dimana mayatnya sudah mula mengembung dan reput.

Misteri bau busuk

Menerusi laporan Sinar Harian, sebelum menyedari kejadian sebenar jiran tetangga mangsa berasa curiga dengan bau busuk yang datangnya dari rumah mangsa di di Flat Taman Pauh Indah, Bukit Tengah. Mereka kemudian bertindak melaporkan kepada pihak polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Mustafa Bidin berkata, pihak mereka terus bergerak ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan tersebut.

Ketika sampai di lokasi polis mendapati pintu jeriji hadapan dalam keadaan berkunci dan anggota bomba terpaksa dipanggil untuk memecahkan pintu utama sebelum mendapati kipas dan lampu ruang tamu dalam keadaan terpasang.

Mayat mengembung dan reput

Tambahnya lagi, mangsa yang dikenali dengan nama Zahari Abdul Hamid ditemui dalam keadaan terlentang dimana tangan dan kakinya diikat, manakala kepalanya diserkup sarung bantal. Menurut pemeriksaan, mangsa berkemungkinan telah meninggal dunia sejak beberapa hari yang lalu.

Selepas pintu bilik utama dibuka kita dapati mayat lelaki berkenaan dalam keadaan terlentang berdekatan katil di mana tangan dan kaki terikat dengan wayar serta kepalanya diserkup sarung bantal warna merah.

Sementara itu, Mohd Mustafa berkata rumah mangsa pada ketika itu berada dalam keadaan berselerak tetapi telefon dan beg duit mangsa tidak dicuri. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes yang akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular