Hiburan: March 6, 2020 at 04:27AM
Sudah diketahui umum bahawa negara kita sedang dilanda musim panas yang kering. Bila suhu panas sudah mencecah sehingga 38-40 darjah celcius pada waktu siang mahupun malam, korang sebenarnya berpotensi untuk mengalami strok haba. Kanak-kanak dan warga emas merupakan golongan paling berisiko diserang strok haba dan kelesuan haba.
Menerusi Facebook Ahmad Luqman Bukhari, doktor ini berkongsi sebuah kisah benar di mana seorang kanak-kanak mengalami strok haba di biliknya sendiri sehingga mengundang maut. Jadi, penting untuk mak ayah ambil berat mengenai cuaca panas yang sedang melanda negara dengan beberapa langkah ini bagi mengelakkan berlakunya strok haba.
Basah lencun akibat berpeluh
Petang tu, anak gadisnya beritahu nak tidur sebentar dan dia terus menapak ke bilik. Tak lama kemudian, ibunya masuk untuk melihat keadaan anaknya. Sebaik saja terpandang susuk tubuh anak gadis tu, tak semena-mena jantung si ibu berdebar kencang. Nalurinya dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan keadaan anaknya. Muka si anak kemerahan yang amat sangat. Pakaian yang membaluti tubuhnya basah lencun akibat berpeluh. Bila disentuh, badannya terlampau panas.
Ibu cuba mengejutkan anak gadis tu, namun tiada tindak balas. Langsung tak ada respon! Ini kisah benar kawan-kawan. Gadis tu sebenarnya sedang mengalami strok haba dalam biliknya sendiri! Anak kecil dan bayi memang berisiko tinggi untuk mengalami strok haba walaupun sedang berada di dalam rumah. Bahkan banyak dah kes bayi mati secara tiba-tiba berpunca daripada strok haba ni. Parent kenalah beringat betul-betul. Biasanya kat negara kita ni, cuaca jadi sangat panas pada bulan Mac dan September.
Bila suasana sekeliling terlampau panas, suhu dalaman badan kanak-kanak akan meningkat secara mendadak hinggakan boleh mencecah 41 darjah Celsius. Badan secara automatik akan mengeluarkan peluh yang banyak untuk menyejukkan anggota badan. Sekiranya dibiarkan, akhirnya tubuh akan terhidrasi (kurang kandungan air), sawan, fikiran jadi keliru (confusion), kerosakan otak dan organ dalam badan berlaku. Paling menyedihkan, kanak-kanak tu akan meninggal dunia.
Pakai pakaian nipis
Beberapa perkara kita ni kena usaha lakukan supaya kes strok haba tak berlaku dalam rumah kita.
1. Pastikan terdapat aliran udara yang baik terutamanya dalam bilik anak. Kipas sangat berguna dalam mengedarkan udara serta mengurangkan risiko bayi sedut balik karbon dioksida yang dilepaskan.
2. Jika tiada kipas siling, memadai dengan menyediakan kipas berdiri. Ikut kajian, bila pengaliran udara berjalan lancar ia dapat bantu turunkan risiko kematian bayi secara tiba-tiba sebanyak 72%.
3. Sekiranya ada penghawa dingin, laraskan suhu bilik kepada 24 'C. Itu mencukupi untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas sebab mereka dah tak perlu buat apa-apa untuk kawal suhu badan.
4. Walaubagaimana pun, bagi bayi yang kerap dibedung atau dipakaikan suit siap dengan sarung tangan dan kaki, penghawa dingin mungkin perlu dilaras ke suhu yang lebih rendah.
5. Usah pakaikan bayi dengan bedung yang terlalu tebal atau diikat dengan ketat.
6. Gunakan saja kain lampin atau pun kain kapas yang berlubang-lubang. Yang tu lebih nipis, bahkan lebih menyerap peluh dan harganya juga murah.
7. Pakaikan anak dengan pakaian nipis. Pakaian yang berlubang-lubang pun bagus untuk dipakai semasa cuaca panas.
8. Elakkan penggunaan selimut semasa anak tidur. Jika perlu, letak selimut tu sekadar di bawah bahagian dada dan jangan sampai menutupi bahagian muka.
9. Berikan anak minum air dengan kerap walaupun mereka tak mengadu dahaga. Elok juga jika kalian sediakan makanan yang mengandungi banyak air seperti sup dan buah-buahan.
10. Sekiranya anak berpeluh melampau dan badannya kepanasan, segera bantu turunkan suhu badan dengan mengelap muka atau badan mereka menggunakan tuala lembap.
Bawa anak mandi atau berendam dalam air sejuk. Namun jika gejala masih berterusan, tak usah bertangguh untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada pusat kesihatan berdekatan. Hal ni penting sangat sebab cuaca sekarang benar-benar panas. Bantu saya sebarkan ilmu ni pada lebih ramai parent supaya kes strok haba ni tak berlaku pada anak-anak yang lain.
Sumber: Ahmad Luqman Bukhari
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment